"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sedikit Update Tentang YB Zulkipliarq

Quaaaccckkkkk……  (Assalammualaikum)

Maaf saya pohon kerana agak lama masa diambil untuk menunaikan janji saya mahu menulis sedikit tentang Pak Haji ini yang ada penulis gelarkan YB Parlimen Dubai. Faham kot nuuu? Perhatikan saya juga tidak memohon restu untuk menulis sebagaimana yang dibuat Najib dan jentera pilihanraya mereka sekarang. Saya baru saja hendak mengulas tentang penempatan semula (…dilayan macam orang Asli!!) askar wataniah di kesemua 225 kawasan Parlimen, rupanya dah ada yang jauh lebih awal memahami apa yang tersirat di sebalik langkah yang diambil Zahid Hamidi Menteri Pertahanan yang baru. Baguihla……demi untuk keselamatan rakyat (kunun)!! Quaaccckkkkk…..! Tali hayat baru la tu..

Okay, sekarang kita tumpukan kepada YB Pak Haji yang ibarat kadok naik junjung ni. Ops…terlebih dahulu kita ucapkan tahniah atas kesempurnaan melakukan ibadat haji pada tahun lalu. Akhirnya sudah bersih YB dari dosa-dosa sebelum ini. Alah… sikit je pun kalau ada. Bukan ke beliau seorang yang menyampaikan ilmu kuliah dan sebagainya? Tabligh la. Ia tentu ibarat membuang daki sahaja.. Lain la kita ni, penuh dengan ketuat.

Beberapa ketika lalu, YB Pak Haji ni ada la juga turun ke Kulim beberapa kali. Namun dia turun pun  secara senyap-senyap macam kawaq nak curi teloq  ayam. Tuan-tuan tahu kenapa? Rupa-rupanya YB Zulkipeliarq sekarang sudah kehilangan ramai teman kalangan aktivis politik samada dalam PAS mahupun parti Keadilan. Hat yang fanatik gila mempertahankan dia dulu tu pun sudah angkat kaki cabut lari.

Ingat tak pepatah suku kaum Kikuyu (Somalia) yang pernah diceritakan oleh Dr.Nologareng tempohari?Siapa yang selalu mencuci bontot kaldai, suatu hari pasti akan kena tendangannya. Ingat? Quack…quack… Memang betul pun. Kali ini Fadhil yang kita katakan sebagai PA nya dahulu itu pun turut lebam berdemen menjadi mangsa. Agak lambat la sikit proses kesedarannya itu. Iya…lah ia sebenornya bergantung kepada tahap intelek serta pengalaman bergaul dalam masyarakat. Sensitiviti dan gerak rasa hati manusia ini berbeza-beza. Apa pun beliau sudah kena….

Pendek ceritanya, berpinau Fadhil terkena penangan tapak kaki si kaldai bernama YB Hj Zul ni. Apa taknya, untung perniagaan restoran terpaksa di’siphone’ menanggung kos selenggara pejabat Parlimen Zul. Api, ayor, elektrik dan sewanya. Tuan-tuan tahu ke apa plak yang dibuat oleh kaldai ni setelah bontotnya habis dicuci oleh Fadhil yang naïf tadi? Ucapan terimakasih atau sedikit saguhati tanda perpisahan? Oohh…tidak..!! Quaackk! YB Zul berjaja rata dok mengata (umpat) terhadap pencuci bontot kaldai tadi, err maksud saya Fadhil yang setia itu. Dia kata semua cerita buruk tentang Hj Zul (dirinya itu) berpunca dari Fadhil. Maksudnya dia kata Fadhil la yang onar dok pekena dia sedang dia bersih bak bayi yang baru lahir. Quaackkk….  Betoi…..! memang itu yang dijajanya. cuba Tanya aktivis PAS Bahagian Kulim Bandar Baru.

Lalu, akhirnya Fadhil tidak lagi menjadi pebudak suruhan atau abdi politik kepada YB Zul lagi. Pak Haji ni kira macam lone ranger lah. Sana-sini dia pi berdesap-desup bebas semahu-mahunya. Penting apa pembantu atau rakan pengiring. Cukup dengan Blackberry yang dibawanya kemana-mana. Sekali pandang melihat kepada sikapnya, memang tepat sekali pendekatan itu. Kerana apa? Politik ini sepatutnya ada sahabat mendokongnya. Orang macam Pak Haji Bakhil ni mana boleh. Nak belanja kawan makan? Quack. Tak boleh…rasuah!!  tegasnya dengan gaya seorang peguam dalam mahkamah. Setakat ayaq suam bolehlah…… quack..quack.quack….. tahi hidung masin. Blackberry hanya perlu caj bateri saja…….kan? ayaq suam pun tak payah belanja…………. QUACKK. Lagi pun sudah cukup dengan Blackberry itu dia buat kerja sebagai MP. Sekadar update laman Zul4Kulim. Pengundi tak perlu jumpa. Kan ke dia udah famous satu Malaya….

Faktanya, Fadhil dan YB Zul udah tak boleh bertentang mata. Pencuci bontot kaldai dan kaldai yang bontotnya dicuci sudah berpatah arang dan berkerat rotan. Mak oii….berantakan jadinya. Pejabat YB dah pun ditutup dan kabornya papan tanda pun sudah mahu diturunkan! Dasat……memang dasat. Nak kata jahat sangat Fadhil, memang la dia tak maksum, tapi…. Banyak kewangan yang dia tolong untuk mendokong YB Zul. Tak tahu la samada mereka saling menggaru belakang membikin agenda sendiri.  Apa..apa lah. Hakikatnya, YB Zul sudah tahu untung nasibnya dalam dunia politik, baik dalam PAS mahupun PKR! Dia hanya akan subur dan harum jika tidak ada orang sekeliling yang tahu tentang perilaku buruknya. Ada orang sampaikan yang YB Zul ada kata dia pun dah tak larat dah menjadi YB ni…. Alahai. Quack…. Tak buat kerja lapangan pun dah tak larat?

Sepertimana YB Fairus (Penanti), YB Radzi (Lunas) dan mereka yang  seangkatan, YB Zul wajib bersyukur dengan anugerah Allah dan sokongan rakyat marhaen sehingga berjaya berada di Parlimen atau DUN. Tanda kesyukuran itu ialah dengan rajin-rajin turun melawat kawasan dan jalankan amanah. Bukannya setiap hari pun. Dak aihhh. Dan lagi jangan la dok pikiarq orang kebulorq duit ringgit depa. Marhaenis ni sudah kaya dalam kemiskinan mereka. Cuma jengoi mai saja pun dah cukup. Senang orang bawah, orang kecik parti nak buat kerja. Bukan apa imej depa la juga yang terpantul.

Sebenarnya rindu lah juga kita nak mendengar  ceramah atau pidato YB Haji ni. Lalu kita mengintai-ngintai jadual ceramah dalam markas-markas kat N25 Bukit Selambau. Pada fikiran cetek kita, tentu sahaja penceramah ‘bintang’ mewakili PKR ini akan berkampong di Bukit Selambau. Rupa-rupanya saling tak tumpah seperti YB Radzi juga ... Haram aiih. Jangan kata Batang Ai, lubang hidung pun tak nampak. Lepas satu malam, satu malam…. Berganti malam akhirnya sehingga petang pilihanraya pun tak timbol-timbol. Kata sorang teman, mungkin Zul pi kempen untuk pilihanraya Umum Indonesia kot! Quaaaaaaaaaaaaaaaack.

Korek punya korek, akhirnya terjawab sudah kenapa ia tidak membantu kempen parti di N25 yang menaikkan dia yakni di kulim Bandar Baru. Rupa-rupanya dia pi berkempen untuk Parlimen Bukit Gantang! Maklumat kata, Zul mendakwa yang kepimpinan atas hantar beliau bertugas di sana. Elok la tu…. YB anda tahu siapa pula kata dia terpaksa memangku tugasan MB Kedah di luar daerah. Fuh….. hebat…hebat…. Yang anihnya, perangai ini sama sebijik dengan pemimpin Umnobn yang kita tumbangkan dahulu. Kepimpinan negeri dan pusat mesti mengambil tahu hal ini. Pandangan Bahagian secara keseluruhan amat penting bagi mengekalkan momentum jatuh bebas Umnobn dalam kancah politik negara.

Kemasukan kembali ‘surat khabar’ lama yang  anda tahu siapa, sebenarnya memudahkan kerja kita. Jangan lupa bahlol ini lah yang mencetus kemenangan PR di Lunas tempohari. (Bukan Lunas sekarang ni…!). Tengok ke Najib, ternampak tali-tali yang menggerakkan dia dari belakang. Ikut tali tu pelan-pelan, tup-tup sampai ke batang hidung besar. Sapa lagi, kalau bukan Tun Dr Mahathir Mohamed.

Memang benar ada orang kata Tun dibayangi dosa pembunuhan Melayu di Memali sepanjang pemerintahannya, manakala PM Najib pula lebih internasional- darah wanita cantik Monggolia yang gebu itu melumuri dirinya. Badi Altantuya akan mengikutnya sehingga akhir hayatnya.

Hakikatnya, rejim Umnobn di bawah Najib membawa beban yang berat untuk menghadapi PRU 13. Seperti yang kita katakan di atas tadi, langkah tari mula telah pun dimainkan oleh Zahid Hamidi dengan mengagihkan anggota wataniah ke seluruh pelusuk Malaya. Sudah lah mengundi pos, mengundi dengan memakai baju preman lagi. Hai…banyak betoi la rakyat Malaysia kalau gitu!! Sebenarnya pun, kaedah ini sudah pun berjalan dengan PDRM, ATM serta agensi yang terlibat menjadi agen SPR. Bukan lagi satu rahsia ada orang yang mengundi berkali-kali dalam satu pilihanraya.

Bebanan yang saya maksudkan adalah seperti di bawah:-

1) Bermula dengan Najib sehingga ke sebahagian besar anggota kabinet ‘rakyat’ nya adalah pemimpin yang tercemar dengan segala skandal. Samada menjadi pelakon utamanya, pembantu ataupun sekongkol.

2) Perhimpunan terbaru Umno dan pak angguknya telah mendedahkan pengamalan rasuah yang amat ketara. Duit yang bertukar tangan samada dari kocek sendiri ataupun ditaja para towkey, sekaligus menjadikan perwakilan dan pemimpin pertengahannya kaki makan suap. Gelagat buruk ini menghitamkan hati serta mengenyangkan anak bini dengan duit haram!!

3) Dengan tidak membersihkan diri dalam mahkamah akan kes Altantuya, Najib selamanya akan terpalit sebagai gembala kepada dua kambing hitam yang diadili dalam mahkamah. Kambing kelabu bernama Razak Baginda yang punya kaitan lepas bebas menghayun teloqnya sambil dua anggota UTK baghal yang tak pun membalun vagina Altantuya menjadi mangsa. Ingat tu wahai anggota polis yang menganjingkan diri kepada pemimpin Umno! Habis madu sepah dibuang.

4) Sikap rakus menjatuhkan kerajaan Perak yang dipilih rakyat telah menyerlahkan siapa Najib sebenornye. Rasuah, ugutan serta penculikan menjadi menu mereka bermuslihat menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat. Mereka berjaya di Perak, inshaAllah tempat lain akan selamat.

Kekalahan ini umpama kekalahan TS Khalid dalam Prk Ijok yang akhirnya beliau berjaya pula menjadi MB Selangor  dalam PRU 2008. Akan tetapi ini akan menjadi kudis hanyir yang akan menjauhkan pengundi walaupun tema merendahkan diri menjadi modal politik mereka. Sana rakyat…sini rakyat….. banyak rakyat…sikit pun rakyat……..quackkkk!!

5) Perjuangan Pakatan Rakyat digerakkan atas kesedaran politik yang tinggi seumpama apa yang dilalui rakyat dalam menghambat keluar Inggeris dahulu. Manakala ‘perjuangan’ sebelah Umnobn pula dilincirkan oleh jumlah duit yang mampu dihulurkan. Mereka tidak ada perjuangan samada atas tema bangsa mahupun agama. Pada hari pengundian boleh dilihat penglibatan penyokong PR berbagai peringkat, manakala Umnobn diwakili anak muda belasan tahu yang akalnya singkat. Bayangkan….mereka boleh tunjuk aksi lucah membalun quackkk seperti yang Najib perlakukan  terhadap Altantuya……


Quaaacccccck. Sampai sini dahulu.

Jumpa lagi.

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA 
 

- Mi Itik               

 http://www.marhaen.info/v2

Tiada ulasan: