"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

10 wakil BN kembali ke DUN T'ganu

Sepuluh ADUN Barisan Nasional yang memulaukan DUN Terengganu - susulan rasa terancam dengan mesej ugutan - semalam hadir di persidangan hari ini seperti diarahkan oleh perdana menteri.

Tiga daripada mereka awal pagi semalam membuat aduan polis apabila menerima mesej SMS berbunyi: "baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?".

Ugutan tersebut, didakwa daripada seorang pegawai kanan kerajaan negeri, dipercayai berkaitan dengan ura-ura membawa usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid, Zakaria Abdullah (Paka) dan Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) kembali menghadiri hari terakhir persidangan yang bermula Isnin walaupun pada awalnya bertegas tidak mahu berbuat demikian atas alasan keselamatan nyawa masing-masing. 

Selain mereka bertiga, turut hadir bersama jam 9.30 pagi ini: Muhammad Ramli Noh (Tepoh), Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang),  Datuk Din Adam (Bukit Besi), Alias Abdullah (Alor Limbat), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).

Walaupun menafikan berniat membawa usul undi tidak percaya terhadap menteri besar, kumpulan ini tetap mendakwa mereka hilang keyakinan terhadap Ahmad.

Datuk Seri Najib Razak mengarahkan kesemua ADUN itu kembali menghadiri sidang dewan dan juga menafikan pemulauan tersebut satu krisis di Terengganu. 

Dalam sidang media, Ahmad memaklumkan bahawa beliau telah berhubung dengan Najib mengenai isu terserbut dan akan bertemu timbalan perdana menteri dalam masa terdekat. 

Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata beliau ingin menemui Ahmad untuk mendapat gambaran sebenar mengenai kemelut politik yang melanda kepimpinan BN negeri itu sekarang.

Ahad lalu, Muhyiddin menerima rombongan sekumpulan ADUN BN negeri itu yang tidak berpuas hati pada menteri besar mereka. 
 -malaysiakini-

Tiada ulasan: