BELIAU sudah memutuskan pendiriannya. Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat menyatakan dengan jelas kepada 2,377 perwakilan bahawa beliau tidak akan kekal dalam jawatan itu jika timbalannya yang dipecat bulan lalu, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dikembalikan jawatannya pada Perhimpunan Agung Khas (EGM) 10 Oktober ini. Dalam temu bual kira-kira sejam bersama wartawan Sunday Starbaru-baru ini, Ong menyentuh pelbagai isu berkaitan dengan parti, projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan keluarganya.
Berikut adalah sedutan temu bual dengan Ong yang disiarkan olehSunday Star hari ini.
SOALAN: Datuk Seri sudah memegang jawatan Presiden (MCA) hampir setahun. Tenaga Datuk Seri dikatakan hilang disebabkan isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan Chua Soi Lek (CSL). Persepsi ialah Datuk Seri tidak berupaya untuk memfokus pada hal-hal yang lain. Apakah Datuk Seri bersetuju dengan pandangan ini?
ONG: Adalah tidak betul untuk mengatakan hanya PKFZ dan CSL yang menghilangkan tenaga atau masa saya. Pada realitinya, saya memperuntukkan sebahagian masa saya untuk kerja-kerja parti, malah mendengar pandangan akar umbi sebelum EGM. Pada masa yang sama, kami juga bercakap tentang inisiatif-inisiatif selepas keputusan pilihan raya umum 8 Mac (2008); yang saya maksudkan bisnes (perkara penting). Saya telah mengadakan pertemuan dengan pasukan menteri dan timbalan menteri MCA setiap minggu pada mesyuarat pasca-Kabinet MCA, tambahan kepada mesyuarat Majlis Presiden dan Jawatankuasa Pusat.
Selain itu, saya juga menghadiri program-program parti seperti HOPE (Peluang-peluang Tinggi untuk Pendidikan Swasta) dan TRAIN (Sumber Teknikal dan Rangkaian Latihan). Saya akan mengadakan satu lagi pelancaran selepas ini. Ini adalah antara program yang telah membuahkan beberapa hasilan positif di peringkat awalan pelaksanaan dan saya perlu meletakkan lebih banyak usaha dalam soal ini.
Dalam politik, selain kerja rutin, apa yang lebih penting ialah memberikan fikiran-fikiran segar dan mengadakan sesi-sesi percambahan idea dengan pihak-pihak dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk NGO, kumpulan profesional dan publik. Setakat ini, mereka yang mengikuti atucara saya berupaya untuk menyatakan tentang pertemuan-pertemuan umum yang telah saya adakan. Pertemuan-pertemuan seperti ini sudah cukup untuk mencerminkan bahawa bukan isu PKFZ dan CSL sahaja ada dalam agenda saya.
Dengan itu, berkaitan dengan isu PKFZ, saya harus mengakui bahawa saya telah bertindak sebagai minyak yang membakar sepanjang malam sehingga 2 pagi atau 3 pagi, selama enam bulan yang lalu. Saya perlu membaca dokumen-dokumen, menelitinya, lebih awal sebelum laporan audit dikeluarkan. Saya juga membaca pelbagai dokumen blog yang dihasilkan oleh pegawai-pegawai saya. Saya mengikutinya dengan dekat.
SOALAN: Bagaimana Datuk Seri kekal segar setiap hari dengan jadual yang begitu ketat?
ONG: Saya telah alami penurunan berat pada kadar yang agak banyak. Apa yang penting setiap hari adalah hari yang panjang bagi saya. Saya perlu kekal peka dan segar. Kadangkala segar merupakan istilah yang terlalu relatif. Ia bergantung pada beban kerja dan magnitud kerja yang dilakukan. Saya akan menggunakan waktu tidur yang ada dengan sebaik mungkin semata-mata untuk menikmati waktu tidur berkualiti. Saya tidak akan membenarkan fikiran mengganggu saya (apabila masuk tidur). Saya kekalkan waktu tidur kira-kira lima jam. Ini adalah waktu yang amat sedikit. Ketika berada dalam kereta di jalan raya, saya akan lena buat sementara waktu ataupun ketika berada dalam kapal terbang.
SOALAN: Adakah Datuk Seri masih mempunyai tugasan yang belum diselesaikan dalam siasatan berkaitan projek PKFZ? Apakah antara keutamaan yang akan dapat dilihat?
ONG: Berkaitan dengan siasatan PKFZ yang sedang dikendalikan, saya ingin mengatakan bahawa setakat ini, apa yang belum selesai ialah pelan pemulihan. Saya telah menjanjikan pasukan panel tentang pelan pemulihan perniagaan. Mereka telah diberi masa untuk melihat kemungkinan-kemungkinan dan cadangan-cadangan yang mereka terima. Pada masa yang sama, permulaan pasukan petugas yang berkuasa tinggi, yang dipengerusikan oleg ketua setiasaha adalah penting dan tepat pada masanya untuk memulihkan projek PKFZ. Sebagaimana anda tahu, ini akan melibatkan kerjasama antara jabatan dan mungkin antara kementerian. Sebagai contoh, apabila kita bercakap mengenai penstrukutaran pinjaman MOF (Kementerian Kewangan), ia sudah pasti melibatkan MOF. Oleh itu, ia amat tepat pada masanya.
Saya ingin berkongsi dengan anda beberapa pemantauan saya mengenai PKFZ. Keutamaan sekarang ialah untuk memastikan wang sebanyak RM1.5 bilion yang dikenali pasti oleh pasukan petugas khas PKA sebagai jumlah bayaran hasil caj melampau atau dituntut dengan penipuan oleh kontraktor-kontrator yang membuat tuntutan, harus diperoleh balik dan setiap orang bersetuju dengannya. Ia hak kita untuk mendapatkan balik wang berkenaan dan orang ramai ingin melihat ada kepala yang bergolek dalam soal ini. Ia tidak boleh menjadi kes jenayah jika pihak-pihak yang melakukannya tidak dikenal pasti. Mereka harus dibawa ke muka pengadilan dan saya memberitahu pemimpin pembangkang di Dewan Rakyat bahawa Kementerian Pengangkutan tidak boleh memainkan peranan sebagai pendakwa raya, hakim dan polis. Pada masa yang sama, kami juga telah mengemukakan bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan polis, dan kini tugas kita untuk terus bekerjasama dengan entiti-entiti yang berkaitan untuk memastikan keadilan perlu diketengahkan.
SOALAN: Dr. Chua menuduh Datuk Seri menghentam Umno dalam mesyuarat-mesyuarat tertutup. Apakah respons Datuk Seri?
ONG: Ini sesuatu yang pelik bagi saya kerana apabila saya perlu ke seluruh negara untuk mengadakan sesi taklimat secara tertutup khas untuk akar umbi, perwakilan dan bukan perwakilan... mereka mempunyai hak untuk mengemukakan soalan, untuk mengetahui tentang sesuatu isu. Adalah adil untuk memberikan maklumat terkini, malah yang berkaitan dengan isu-isu semasa - pemecatan CSL, saya teguh dengan kepercayaan saya bahawa adalah adil bagi kita untuk mengadakan perbincangan dari hati ke hati dengan ahli-ahli kita sendiri secara tertutup khususnya apabila ia berkaitan dengan masalah-masalah keluarga MCA. Mengapa kita melakukan tindakan yang dikatakan sebagai menghentam parti-parti kita. Saya tidak pernah melihat kehadiran Dr. Chua. Saya merasakan adalah tidak adil atau tidak sesuai bagi ahli politik seperti beliau yang sedia mengetahui apa yang tidak sesuai dan yang tidak beretika apabila membuat tuduhan berdasarkan maklumat khabar angin. Setahu saya ia adalah berdasarkan isu. Apa yang betul adalah betul. Apa yang salah adalah salah. Ia dengan sendirinya menjelaskan mengapa saya memilih untuk bercakap dengan akar umbi saya secara tertutup. Untuk memberi satu contoh, apabila saya mengadakan perbincangan dari hati ke hati dengan mereka yang bukan merupakan orang parti seperti profesional atau segelintir profesion yang sama, mereka hendak menyatakan fikiran mereka. Ia berbeza daripada pertemuan bersifat 'dewan perbandaran'. Adalah wajar untuk memberi mereka peluang bagi menyatakan fikiran, atau meluahkan kekecewaan mereka, masalah mereka atau kebimbangan mereka, kadangkala ia boleh merisaukan ataupun kadangkala menyakitkan. Bagaimanapun ada baiknya untuk berbuat demikian dan saya tidak melihat apa-apa sebab mengapa kita harus menggunakan untuk menghentam pihak-pihak ketiga termasuk Umno ataupun sesiapa. Saya percaya pada penyelesaian masalah dan bukannya menjadi sebahagian daripada masalah.
SOALAN: Beliau juga mengatakan bahawa Datuk Seri tidak melakukan apa-apa sejak menjadi Presiden. Komen Datuk Seri?
ONG: Akhirnya, hasil yang akan menceritakan segala-galanya. Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh beberapa parti yang mempunyai kepentingan dalam kepompong sendiri, yang saya samakan dengan burung unta yang memasukkan kepalanya dalam pasir. Ini kerana, anda sendiri boleh lihat dengan mudah... kita bergerak berlandaskan isu. Sebagai contoh program-program HOPE dan TRAIN, inisiatif terbaru yang kami wujudkan - inisiatif kebangsaan bagi membantu mereka yang berhadapan dengan masalah kewarganegaraan masing-masing. Bukannya hari ini saya kami melompat ke dalam kereta (menyelesaikan isu). Sebenarnya kami melakukan perkara itu di seluruh negara. Malah kita ada pasukan petugas untuk membuat tindakan susulan. Sebagai tambahan kes-kes khusus melibatkan pasangan warga asing, kesemua ini memerlukan banyak soal penyelarasan dan kerja keras. Perkara-perkara seperti perundangan atau sesetengah dasar kerajaan, kami ada kajian dasar dan bukan sahaja kami memainkan peranan aktif, malah dalam kebanyakan keadaan kami datang dengan syor penyelesaian selepas bercakap dengan pelbagai kumpulan profesional dan sosial. Kami melakukannya dan sudah tentu apabila Dr. Chua tidak mahu terlibat bersama, apabila setiap orang dijemput sertai bersama.
Kadangkala walaupun beliau hadir, beliau hanya berada setengah jam. Dengan itu pun orang membuat spekulasi; apabila anda tinggalkan di pertengahan jalan, orang mula bertanya apa sudah jadi? Bagaimanapun mesyuarat Majlis Presiden dan Jawatankuasa Pusat, sebagai contoh, apabila anda menjadi sebahagian daripada pasukan dan anda membuat keputusan kolektif selepas berbahas; dalam kebanyakan masa, sesetengah input beliau diterima. Kami bersetuju dengan ketidakpersetujuan, ini yang dinamakan sebagai proses membuat keputusan. Selepas mencapai kata sepakat, beliau akan memilih untuk bercakap lain pada sidang media sendirinya. Saya merasakan sedikit sebanyak ataupun sama sekali tindakan ini membangkitkan kemarahan anggota Jawatankuasa Pusat dan Majlis Presiden yang lain.
SOALAN: Datuk Seri telah meletakkan soal moral pada tahap yang tinggi dalam agenda Datuk Seri. Mengapa nilai ini sangat penting bagi Datuk Seri sedangkan amalan berkompromi dibuat dalam politik?
ONG: Bagi saya, saya seorang yang bergerak atas landasan prinsip, malah ketika saya masih merupakan seorang biasa sebelum naiki tangga politik sejak dari peringkat awal saya menjadi jurutera. Saya dibesarkan dalam persekitaran yang sukar dan saya dididik dengan fundamental dan prinsip-prinsip asas bahawa apabila anda berkompromi prinsip anda, ia akan mensia-siakan keseluruhan tujuan anda menjawat kedudukan awam. Ia merupakan prinsip pertama diingatkan oleh mendiang ibu saya, bekas guru saya yang memantau dan membimbing saya. Bagaimanapun bukan niat saya untuk memainkan peranan sebagai polis moral. Untuk mengatakan saya memainkan peranan sebagai polis moral, saya ingat ia tidak relevan sama sekali. Hakikatnya, sebelum pemilihan parti tahun lalu, saya ditanya mengenai skandal seks Dr. Chua. Apa yang saya lakukan ialah memberikan komen dari segi prinsip moral secara umum menyentuh pemegang jawatan awam. Saya memang menjangkakan bahawa ia akan menyentuh perasaan beliau. Tapi sebenarnya saya tidak mahu memberi komen sama sekali berhubung isu tersebut. Saya percaya pada pegangan prinsip umum dan tidak merujuk kepada soal individu.
-mstar.com.my-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan