Mohd Nor Yahya | |
KOTA BHARU, 23 Sept: Kerajaan Kelantan akan terus membuat tuntutan selagi tiada sebarang jawapan kepastian dari kerajaan pusat untuk membayar royalti minyak sejumlah RM1 bilion. Menteri Besar ,Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, selain prosedur biasa, kerajaan negeri juga tidak akan berputus asa bermunajat pada Allah agar dilembutkan hati kerajaan pusat bagi menunaikan hak rakyat negeri itu. Beliau ditemui di majlis Mesra Aidil Fitri Pimpinan Kerajaan Negeri bersama Anak-anak Kelantan diPerantauan anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Persatuan Anak Kelantan Di Perantauan(Perakan) di Dewan Konvesyen Kelantan Trade Centre semalam. "Rakyat Kelantan seharusnya bersabar dan diseru agar berdoa untuk melembut hati mereka agar dibayar tuntutan dan hak milik rakyat negeri ini" katanya. "Kita tidak akan berputus asa dalam menuntut hak ini dan banyak lagi langkah yang akan diambil,tetapi yang penting sekarang ini ialah rakyat Kelantan bersabar dan terus berdoa" ujarnya lagi. Menyentuh hubungan kerajaan negeri dengan Pusat,beliau berkata ia mesti diteruskan kerana Kelantan adalah sebahagian dari Kerajaan Pusat dan segala peruntukan hak negeri ini wajib disalurkan Pusat . "Begitu juga dengan tuntutan yang kita buat ini, Tengku Razaleigh Hamzah, pengerusi pertama Petronas telahpun mengakui hal ini" jelasnya lagi. Sementara itu ketika berucap meraikan perantau, beliau berharap rakyat negeri ini yang tinggal di merata negeri agar menjadikan konsep Membangun Bersama Islam dalam kehidupan harian mereka dan sentiasa menjaga maruah keluarga dan negeri ini. "Saya amat berbangga kerana setiap kali musim Pilihanraya,rakyat negeri ini yang berada di luar sentiasa pulang memberi sokongan kepada kerajaan dan ini menggambarkan konsep Membangun Bersama Islam itu membawa erti yang besar kepada tuan-tuan semua"katanya lagi. Kehadiran yang mencecah hampir 2000 anak Kelantan yang berada di luar menghadiri majlis tersebut adalah melambangkan sokongan padu mereka kepada kepimpinan Islam negeri itu. Turut hadir ialah Timbalan Menteri Besar,Datuk Ahmad Yakob,Speaker Dun Kelantan Ustaz Nasrudin Haji Daud,Exco negeri, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Haji Shafie Ismail,Wakil Rakyat,Ketua Jabatan serta isteri masing-masing serta barisan Pimpinan PERAKAN yang diketuai oleh Timbalan Presiden Muhammad Radhi Yusof dan Setiausahanya Ir.Hamdzah Abdul Rahman. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Royalti: Kelantan tetap tuntut selagi tidak diberi / UBN Najib Altantuya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan