"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nizar vs Zambry: MB Haram Jadah !!

addin77
Nampaknya kemarahan rakyat Perak terhadap kerajaan UMNO BN Perak yang dipimpin Zambry Kudeta nampaknya belum reda walaupun sudah berbulan berlalu. Ini terbukti, sebarang poster dan kain pemidang mengandungi gambar Zambry ataupun ADUN UMNO BN yang lain, diconteng dengan cat dan tulisan maki hamun pihak yang tidak berpuas hati dengan rampasan kuasa yang berlaku.

Di mana sahaja di sekitar negeri Perak, kebanyakan poster UMNO BN tidak ada yang bersih seperti keadaan asal. Ada sahaja contengan yang menunjukkan tanda kebencian dilemparkan ke gambar mereka. Sebagai contoh, kain rentang ucapan Selamat Hari Raya oleh Zambry Kudeta yang digantung di jalan masuk ke Pasar Batu Gajah, Perak disembur cat hitam pada mukanya dan ditulis perkataan 'MB HARAM JADAH' pada kain rentang berkenaan.

Satu lagi kain rentang yang digantung bertentangan, juga disembur cat serupa. Manakala seorang lagi pemimpin, yang turut menerima kecaman penduduk setempat adalah Adun Sungai Rapat, Hamidah Osman. Hamidah Osman adalah antara ADUN UMNO BN yang mulut celupar dalam DUN semasa pemerintahan Pakatan Rakyat. Apa yang tidak di kata kepada MB Perak yang sah, Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin semasa itu.

Akibatnya kain rentangnya yang digantung di pintu pagar masuk Masjid Kampung Sri Jaya di sini, turut menerima nasib yang sama. Menurut penduduk di situ, kain rentang berkenaan digantung dua minggu lalu dan kesan conteng berkenaan disedari seminggu kemudian. Pada Hari Raya pertama, kain rentang berkenaan turut menjadi perhatian penduduk yang pulang ke kampung dan datang untuk bersolat di masjid berkenaan.

Seminggu lalu juga, Hamidah dikatakan menggunakan masjid tersebut sebagai tempat menyampaikan bantuan kepada masyarakat di kampung tersebut. Namun yang lebih menghairankan, biarpun sudah seminggu diconteng, tiada seorang penduduk pun mengambil inisiatif membersihkan mahupun menanggalkannya, seolah-olah sengaja ditayang untuk tontonan umum.

Ketidakpedulian rakyat terhadap perkara tersebut menyerlahkan lagi betapa marahnya mereka terhadap kepimpinan BN negeri ini. Zambry sebelum ini juga menggunakan jentera parti dan kerajaan negeri untuk membersihkan imejnya namun dilihat gagal. Sepanjang Ramadhan lalu, beliau juga menjadi pembaca doa berbuka puasa setiap hari melalui stesen radio Perak namun ia juga dilihat gagal menarik simpati rakyat. Malah rakyat Perak khasnya makin benci dan meluat kepada gelagat MB dan Kerajaan haram jadah UMNO BN Perak.

http//addin77.blogspot.com

Tiada ulasan: