Abdul Aziz Mustafa | |
KUALA LUMPUR, 24 Sept: Wakil-wakil rakyat dan penyokong-penyokong rapat mereka percaya bahawa jawatan tersebut adalah peluang untuk membuat duit bagi diri mereka sendiri, Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M) Datuk Paul Low. Beliau menyifatkan rasuah telah menjadi cara hidup di Malaysia ketika rakyat negara ini merasa tidak berdaya dan kebanyakannya mengalah kepada rasuah yang menjadi-jadi akibat sikap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang enggan berbuat apa-apa walaupun terdapat tuduhan rasuah yang serius. Beliau seterusnya mendedahkan, institusi dan badan penguatkuasa yang ada di negara ini tidak berkesan dan tidak bebas sepenuhnya. "Masyarakat percaya tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan dan mereka yang diamanahkan dengan wewenang dan kuasa untuk merubah perkara yang berlaku tidak komited (untuk bertindak ke atas jenayah rasuah) atau tidak berdaya melakukannya," sebuah laman web memetik beliau berkata. "Badan anti rasuah seringkali gagal menangkap 'ikan besar' yang dikatakan pihak yang sebenarnya terlibat di dalam kes-kes rasuah". Low menyifatkan SPRM dan lain-lain reformasi yang dilakukan oleh kerajaan untuk membasmi rasuah masih belum menunjukkan hasil yang diharapkan. "Terdapat rasa meluat yang begitu kuat terhadap keadaan yang tidak berubah-ubah itu," kata beliau dalam sidang akhbar mengenai 'Laporan Rasuah Sedunia 2009: Rasuah dan Sektor Swasta' yang antara lain mendedahkan bahawa indeks rasuah di Indonesia jauh lebih rendah dari Malaysia. Menurut beliau, rasuah diterima, kalaupun tidak dibiar dan dimaafkan, sebagai cara hidup di negara ini kerana ketidakjujuran, rasuah dan mengabdikan diri kepada hawa nafsu telah menjadi nilai-nilai yang diterima malah dipuja-puja. Usaha memerangi rasuah pula dihalang oleh sistem politik di dalam negara ini walaupun Malaysia mempunyai undang-undang dan polisi yang berkaitan serta institusi untuk melakukan perkara itu. "Keadaan saling bergantung antara kerajaan, perkhidmatan awam dan sektor swasta menidakkan konsep check and balance," jelas beliau. Mengenai skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), beliau berkata kes itu membabitkan isu penyaluran dana dari sektor swasta kepada parti-parti politik. Parti-parti politik yang terlibat menerima dana itu akhirnya akan membalas jasa, katanya. "Di sinilah munculnya tender tertutup yang bertentangan dengan pemerolehan secara terbuka di dalam perniagaan," katanya lagi. Beliau menyifatkan skandal PKFZ sebagai peristiwa hitam dalam sejarah negara. Low juga merupakan pengerusi Jawatankuasa Sementara Pentadbiran dan Tadbir Urus Korporat PKFZ. "Saya berharap apa yang berlaku dalam PKFZ akan menjadi contoh baik apa yang sepatutnya dilakukan bagi agensi lain dan agensi berkaitan kerajaan. "Kita tidak boleh membazirkan sumber kita," kata beliau dalam sidang akhbar di Petaling Jaya itu. Menyifatkannya sebagai satu daripada skandal terbesar tahun ini, Low berkata jawatankuasa itu kini sedang mencari tiga pengarah bukan eksekutif bebas untuk menduduki lembaga. Beliau berkata sifat-sifat peribadi akan menjadi kriteria pertama bagi pengarah, sebelum kecekapan. "Mereka perlu mempunyai sikap bertanggungjawab dan tidak mempunyai kepentingan diri sendiri," katanya semasa ditanya mengenai kriteria pelantikan. Calon-calon akan dipilih daripada mereka yang tidak mempunyai hubungan politik tetapi mahu membantu negara dan PKFZ serta mempunyai pengetahuan mengenai industri pelabuhan, katanya. Mengenai sama ada tempoh beliau dalam jawatankuasa itu akan dilanjutkan, Low menjawab: "Jika perkara masih tidak selesai, saya mungkin meminta lanjutan." Jawatankuasa itu dijangka mempunyai masa sehingga Januari 2010 untuk menyelesaikan tugasannya. Mengenai kontroversi video Datuk V K Lingam yang mendedahkan manipulasi badan kehakiman, Low berkata isu yang melibatkan campur tangan pihak yang berkepentingan dalam perlantikan hakim-hakim tetap menjadi isu yang tidak dapat diselesaikan sejak 2007. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
UBN Najib Altantuya: Jawatan wakil rakyat peluang buat duit, lapor TI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan