Sofi Wahab
Pengampu-pengampu BN sentiasa mengampu dan 'melambung' Najib dengan puji-pujian melangit kerana mereka tahu dengan bodek dan ampu karier politik mereka akan 'hidup' lama. Sebab itulah apa sahaja yang dibuat oleh ketua mereka (Presiden Umno) semua betul dan maksum.
Hari ini Utusan Meloya menyiarkan pujian melangit Noh Omar kepada Najib. Katanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini goyah berikutan penerimaan sebahagian besar rakyat terhadap dasar-dasar yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Persoalannya benarkan rakyat sudah menerima Najib sedangkan semua rakyat sudah lama mengenali Najib sejak mula beliau menceburi politik menggantikan Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak.
Luar dalam perangai Najib, hobi Najib dan segala-galanya diketahui oleh rakyat. Jadi biarlah rakyat menilai Najib.
Adakah dengan kemenangan BN di DUN Bagan Pinang menggambarkan rakyat sudah menerima Najib dan segala dasar serta perancangannya diterima rakyat.
Memang konsep menyatupadukan rakyat dengan slogan 1Malaysia mempunyai unsur-unsur yang baik. Namun awal-awal lagi Najib gagal membuktikan slogannya itu dihayati oleh beliau sendiri. Sebagai contoh dalam isu wang ehsan Kelantan.
Penyalurannya akan dibuat melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan malah mungkin melalui Umno Kelantan. Bukankah ini membelakangkan konsep 1Malaysia apabila kerajaan BN tidak mengikhtiraf kerajaan negeri yang dipilih rakyat.
Macamana kita ujudkan 1Malaysia jika semangat sistem federalisme gagal diamalkan oleh kerajaan BN. Terlalu banyak diskriminasi yang dilakukan oleh kerajaan pusat terhadap kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Kegagalan menghayati konsep 1Malaysia oleh Najib dan kerajaannya dari segi hubungan dengan kerajaan negeri-negeri PR menyebabkan rakyat tidak yakin dengan konsep itu. Ianya seolah-olah retorik semata-mata.
Oleh itu saya mencadangkan kepada Najib dan kerajaan BN supaya segera membuat perubahan demi mencapai matlamat 1Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan