"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Khalid dan Saifuddin antara panel forum "Sistem Dua Parti" anjuran PSM / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 9 Nov:
Bagi merungkai beberapa persoalan berkaitan amalan sistem dua parti, Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan menganjurkan satu forum bertajuk 'Sistem Dua Parti-suatu analisa kritikal' pada 14 dan 15 November ini.

Bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur, forum berkenaan dijangka menampilkan beberapa orang panel terdiri dari ahli politik, aktivis dan ahli perundangan.

Antara mereka termasuklah, Ahli Parlimen Shah Alam,-Khalid Samad, Machang-Saifuddin Nasution, Klang- Charles Santiago, aktivis peguam Haris Ibrahim dan wakil parti Turn Left Thailand, Vipar Daomanee.

Mereka dijangka akan mengupas dan merungkai tiga persoalan utama berkaitan keberkesanan sisitem dua parti dan amalan di negara lain, persoalan sama ada penukaran parti membawa kepada penukaran sistem pemerintahan dan teori politik berperingkat.

Tajuk ini antara lain diforumkan ekoran pencapaian terbaik pakatan pembangkang atau sekarang Pakatan Rakyat (PR) sejak Pilihan raya Umum ke 12 tahun lalu.

Keputusan PRU ke-12 dan beberapa siri pilihan raya kecil dimenangi PR membuka harapan bahawa mereka mampu menukar kerajaan BN untuk memerintah buat kali pertama.

Ianya juga mencetuskan suasana politik baru Malaysia yang dilihat semakin matang ke arah kewujudan sistem politik dua parti iaitu BN dan PR.

Namun beberapa persoalan seperti diatas timbul dan memerlukan perjernihan.

Selain forum tersebut, satu lagi topik menarik akan dibentangkan iaitu bertajuk 'Perlukah Kuasa Ketiga' oleh tiga panel.

Mereka adalah Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Mohammad Sabu, penyelidik dan bekas Adun dari GERAKAN Toh Kin Voon, dan Setiausaha Agung PSM S.Arutchelvan.

kepada yang berminat menyertai forum tersebut, boleh menghubungi Bawani di 016-9008202 , email banu_minnal@yahoo.co.in atau Segar di 016-5582644 atau S.Arutchelvan- 019-2537791, email di arul.psm@gmail.com .

Tiada ulasan: