"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Misi ziarah dakwah yang mengujakan

Detikdaily
KUALA LUMPUR,Seramai 13 peserta mewakili Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) dan
a Latihan Dakwah Lapangan (LANDAS), dengan 6 Muslimat dan 7 Muslimin telah berjaya mengusaikan Misi Ziarah dan Dakwah selama empat hari tiga malam di Selatan Thailand bermula pada 24 Disember hingga 27 Disember 2009.

“Misi Dakwah yang dinamakan Grand Design Ziarah dakwah adalah merupakan program lasak dan lebih banyak berada di lapangan berkomunikasi dan berinteraksi dengan masyarakat tempatan dengan menyasarkan tempat dikunjungi iaitu Songkhla, Yala, Patani dan Narathiwat secara fokus dan terancang,” ujar Ustaz Kamaruddin Kassim selaku Ketua Misi Dakwah.

Selain itu, Misi Ziarah dan Dakwah ini mneyasarkan 4 objektif iaitu:
  1. Memberi pendedahan kepada pendakwah secara menyeluruh berhubung isu-isu sosial dan maklumat setempat dalam masyarakat dan menjadikan kelompok ini sebagai kelompok yang peka bukan pekak terhadap isu yang berlegar di sekitar mereka.
  2. Membina perspektif mengenai keperluan untuk mereka terlibat dalam membenteras gejala sosial dalam masyarakat.
  3. Membina keyakinan, keberanian dan daya bertindak untuk membanteras masalah gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat.
  4. Membina kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi dengan masyarakat Melayu Islam di Selatan Thailand serta membina kesepaduan gerak kerja masyarakat.

aDalam pada itu, seorang wakil Muslimat, Ustazah Jazilah Ramly mengutarakan perasaannya, “Alhamdulillah sangat teruja saya menyertai Misi Dakwah ini. Selain berpeluang bertemu rakan-rakan baru yang hebat memperjuangkan nasib negaranya, dan yang utamanya adalah saya sendiri dapat merasai dengan melihat sendiri kondisi mereka yang ditekan dengan pelbagai asakan.”

Segala yang dilalui akan diimplementasikan dengan berperingkat dengan permulaannya membentuk jawatankuasa dengan menwujudkan aktivis-aktivis yang bersedia dan bersungguh-sungguh menawarkan khidmat untuk perjuangan membanteras kemungkaran berpandukan strategi jangka masa panjang juga jangka masa pendek; itulah perancangan bagi sekalian peserta yang mengikuti misi ini.

“Kami dipertontonkan dengan kekayaan hasil bumi yang Allah berikan kepada Wilayah Islam yang amat luar biasa sebagai nikmat kepada orang islam. Tetapi yang lebih mengagumkan saya dan tidak dapat dilihat di tempat kita adalah kekuatan ukhuwah dan perjuangan mereka yang tidak kenal erti putus asa, takut apalagi gentar. Itulah harta nombor satu yang perlu kita pupukkan di tempat kita Malaysia, insya-Allah,” begitulah luahan salah seorang peserta Misi Dakwah Ziarah, Cikgu Khairul Azidi.

aDalam pada itu, peserta misi dibawa melawati tempat-tempat sejarah perti madrasah-madrasah yang melahirkan banyak ulama, Tak Bai, Masjid Kerisik, Bendang Garam dan lain-lain. Selain itu, peserta Misi Dakwah juga didedahkan dengan pelbagai program yang telah diatur padat, diketuai oleh Sakariya Lohyapha yang lebih dikenali dengan panggilan Juya (Tuya) selaku ketua Hak Asasi Peri kemanusiaan (HAP).

Sehubungan dengan itu, peserta diketengahkan dengan suasana yang mencabar dan tidak selesa dihadapi oleh masyarakat yang sangat memerlukan perhatian. Masyarakat ini mengharapkan tanah air mereka dimiliki semula sebagai sebuah negara yang ditadbir Islam sepenuhnya sebagaimana suatu waktu dulu Pattani dipimpin oleh pemerintahan Islam selama 200 tahun.

Turut meraikan kedatangan Misi Dakwah dan Ziarah ini dari wakil pihak tentera ketika makan malam di malam ketiga ialah Madam Nitaya Imanotai dari Head Of Sivil Society Working Group, Internal Security Operations Command Forward Post.

Tiada ulasan: