"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zahid Hamidi bakal digugurkan dalam kabinet Najib?

mohdnoorawang
Kemelut umno dan bn siri ketiga akan kami paparkan bahawa kabinet Datuk Najib Razak lemah kerana ketua parti komponen barisan nasional menghadapi krisis kepimpinan dalam parti, malah kalah dalam pilihanraya umum yang kedua belas.

Perkara yang cukup memalukan kepimpinan Najib Razak ialah isu kehilangan dua atau tiga injin jet milik TUDM serta kelengkapan semasa Najib menjadi menteri pertahanan. perkara ini didedahkan oleh naib presiden umno merangkap menteri pertahanan yang baru Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Mengapa Zahid Hamidi mendedahkan kehilangan enjin jet sebaik sahaja menjadi menteri pertahanan?... mengikut Zahid Hamidi kehilangan enjin jet pada tahun 2007. Malah enjin telah dijual dengan harga RM50 juta. Mengapa baru tahun 2009 terbongkar?.. Apakah motif Zahid Hamidi terhadap perdana menteri Najib Razak?. Untuk rekod Najib Razak semasa menjadi menteri pertahanan terlibat dengan isu wang rasuah pembelian kapal salam dan Najib digambarkan oleh media antarbangsa mengunakan kuasa untuk mengeluarkan bom C-4 milik tentera untuk tujuan mengebom tubuh wanita Mongolia.

Atau mungkin Zahid Hamidi untuk mengambarkan seorang menteri yang telus kepada bosnya Najib Razak?. Jika itu niatnya maka satu tindakan yang memakan diri sendiri atau mungkin Zahid Hamidi bakal digugurkan menteri kabinet Najib selepas pilihanraya umum yang ke13. Malah sudah ada ura-ura untuk menyekat kemaraan Zahid Hamidi terutama pemiluhan umno yang akan datang. Dan akan berlaku satu pertembungan yang sengit dalam pemilihan umno.

Isu seterusnya ialah perbicaraan kes liwat DS Anwar. Umum rakyat Malaysia telah ada jawapan Anwar bakal dipenjara oleh Najib Razak. Kes pertuduhan liwat DS Anwar teramat jelas kes liwat yang rebentuk oleh Najib Razak. Jika Anwar dipenjara atau kesnya berlarutan bakal membawa pada kepada UMNO. Gelombang rakyat kembali menghantui UMNO dan BN.

Najib bakal berdepan isu kematian Teo Beng Hock yang terbunuh semasa dalam penyiasatan SPRM. Dan kematian Teo adalah 80% berlaku pembunuhan mengikut Dr. Pornthip Rojanasunand pathollogist ternama dari THAI. Untuk rekod sehingga kini laporan autopsi kali kedua belum diumumkan.

Malah Najib Razak berdepan pula dengan isu Tun Mahathir dan Tun Abdullah Badawi. Kedua-dua bekas perdana menteri dikatakan mengunakan wang berbilion ringit untuk pribadi. Tun Mahathir menyarankan kepada Najib mengadakan satu badan siasatan. Jelas Najib tersepit dan amat sukar membuat keputusan. Kita tahu Najib adalah Mahathirisma. Dan Najib menjadi perdana menteri atas ehsan Pak Lah atau Tun Abdullah.sekian.

Tiada ulasan: