"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemimpin PAS perlu bijak bila berhadapan dengan media

PolisPencen
Ramai penulis telah menulis perkara ini, teguran demi teguran juga dibuat tapi hasilnya masih diperingkat dan level yang sama. Betul seperti ungkapan sindiran sinis mengatakan "pemimpin PAS tak boleh jumpa microfon mesti terjah punya".

Isu demostrasi oleh penyokong PAS Selangor yang dibuat pada hari cuti untuk menghantar memorandum kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Dato' Dr Hassan Ali adalah terlalu banyak kepincangannya dari segi tatacara dan gerak kerja ahli PAS yang saya kenali selama ini.

Media, semamang akan mengambil kesempatan dalam hal ini memandangkan UMNO telah mengatur strategi untuk mengalih alih kerajaan Selongor selewat-lewatnya Januari 2010.

Bermula daripada 3 hari kemenangan Pakatan Rakyat, dengan bantuan Sultan Selangor sendiri usaha ini telah dijalankan. Selain usaha dijalankan secara tawaran sulit, pimpinan PAS yang hadir juga diserang dengan pelbagai tuduhan dan kaedah memisahkan mereka daripada kelompok PAS dengan bantuan ahli-ahli PAS yang
ektream telah dijalankan.

Usaha pemisahan ini jika berjaya, akan mengeluarkan beberapa orang pimpinan utama PAS daripada kelompok PAS utama dan menjadikan mereka tersempit dalam hal ini. Dengan itu kekuatan PAS Selangor akan lembur. Disebalik itu pula Pakatan Rakyat akan goyah. Kekuatan PAS sebenarnya adalah menjadi nadi kepada Pakatan Rakyat di Selangor walaupun PAS bukan suara majoriti.

Hakikat ini hanya diketahui oleh mereka yang berada di dalam oraganasasi starategi.

Jika tidak berjaya memisahkan mereka, imej pemimpin ini mesti dicalarkan dengan apa cara sekalipun. Sebab itu tidak hairan ada penulis blog terikut-ikut dengan rentak dan permainan
"grand design" yang dilakukan oleh para pemikiran & startegi UMNO/BN.

Pemisahan dan label untuk sesetengah pemimpin PAS adalah untuk projek PRU-13 di mana jika sebahagian daripada kekuatan Parti PAS digoyahkan PAS Selangor ibarat ayam
"tempang untuk bersambung."

Saya berpendapat kerja-kerja menyerang Dato' Dr Hassan Ali, Ustaz Nasaruddin dan Ustaz Hadi Awang adalah satu usaha terperinci yang dijalankan oleh pemikir-pemikir UMNO/BN bagi mengekalkan kekuasaan UMNO/BN.

Pemerhatian rambang yang dibuat telah menunjukkan ada ketidakpercayaan kepada Dato' Dr Hassan Ali dan jika dia kekal sebagai Pesuruhjaya PAS, mungkin PAS akan kalah di semua kerusi di Selangor. Perkara ini telah menjadi perbualan umum dan banyak tulisan di akhbar-akhbar berbahasa cina telah mengulas perkara ini.

Dalam masa yang sama jika PAS mengguggurkan Dato' Hassan Ali dan mengantikan dengan sesiapa sahaja, PAS sebenarnya telah melemahkan kekuatannya sendiri dan Pakatan Rakyat tidak akan mendapat sokongan padu daripada tenaga kerja PAS Selangor yang tulin.

Saya percaya PAS akan kalah, dan hampir semua kawasan yang dimenangi oleh PKR juga akan tewas.

UMNO/BN sebenarnya telah berjaya dalam misi membuatkan barisan kepimpinan PAS kuca-kacir dan ahli PAS menjadi terbelah bahagi dalam isu. Kebijaksanaan UMNO/BN menguasai massa baru terutama blogger secara tidak langsung dilihat sebagai suatu keupayaan strategi saraf yang mantap. Ini hanya boleh dianalisis oleh pakar-pakar yang tahu tentang saraf.

Saya kagum dengan strategi PAS Pusat yang mengambil displin kepada PAS Selangor bukannya kepada Dato' Dr Hassan Ali seorang. Startegi ini, ada yang berpendapat dimainkan oleh Setiausaha Agongnya Dato' Haji Mustafa Ali, orang lama dalam PAS.

Strategi ini sebenarnya telah memberikan satu kesepaduan kepada PAS Selangor untuk berhadapan dengan lembangan disiplin. Sebelum ini PAS Selangor dah terbelah dua. Ini adalah usaha untuk menyatukan semula PAS Selangor kepada satu saf kepimpinan yang lebih mantap, mengambaikan perbezaan mencari persamaan atas wadah yang sama.

Seperti yang disebut tadi blogger salah satu daripada unsur yang digerakkan oleh gelombang pemikiran saraf UMNO/BN untuk menyerang kepimpinan secara membabi buta bukan seperti dulu sebagai pemandu kepimpinan daripada tergelincir pada landasannya. Peranan blogger telah diubah secara halus tanpa merai dirinya dikongkong.

Usaha mengadakan Konvensyen Blogger PAS adalah satu kaedah yang cukup baik dan saya merasa kagum dengan usaha ini kerana dengan wujudnya konvensyen ini, blogger telah mengetahui peranannnya yang sebenar.

Kata-kata Blogger telah BTN adalah kata-kata yang keluar daripada pencetusan pemikiran strategi saraf UMNO/BN agar blogger menjauhi kepimpinan Ulama supaya racun dan tiupan sangkaan buruk boleh bermain di minda blogger tanpa nasihat dan tunjur ajar orang-oarang yang berkemapuan.

Satu perkara yang masih lagi belum dan dapat diselesaikan ialah pempinan PAS sendiri daripada semua peringkat, termasuk Muryidur Amnya yang suka membuat kenyataan akhbar.

Sedangkan dalam banyak mensyuarat PAS, perkara ini telah dibuat teguran. Kita cakap tak guna dalam hal ini sebab penyakit ikan busuk bermula daripada kepala.

Isu terkini, mengenai demostarsi penyokong PAS Selangor boleh diambil pengajaran. Dr Hassan Ali mendiam diri, satu tindakan yang bijak. Ketua Penerangannya menjawab panjang lebar menyebabkan isi percakapan dimanipulasikan oleh Utusan Malaysia. Nak kata dia tiada pengalaman, Ketua ini adalah salah seorang blogger yang menulis lama di internet.

Saya suka kenyataan Hj Mahfuz. Walaupun sebelum ini Haji Mahfuz telah cepular mulut membuka isu "pekung" yang tertutup. Kenyataan Haji Mahfuz "Ini kerja UMNO" boleh menuntup semua persoalan wartawan.

Saya teringat dengan Arwah Ustaz Haji Fadhil Mohd Noor dulu semasa kempen boikot akhbar. Wartawan datang jumpa beliau dan beliau tak mahu berjumpa, wartawan masih juga mendesak, lalu dia menjawab maaf kami boikot akhbar.

Esoknya Utusan Malaysia ini memamparkan tajuk utama di akhbarnya Ustaz Fahdil Masih Boikot Akhbar. Punyalah ketagih nak siar berita PAS setelah diboikot selama 3 bulan.

http://polispencen.blogspot.com/

Tiada ulasan: