"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Empat askar dituduh rogol gadis bawah umur

Seremban, 28 Dis: Empat anggota tentera hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban kerana dituduh merogol seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun pada 14 Disember lalu.

Nor Effendi Mohd Yusof, 22, Muhammad Khairi Mohd Rashid, 22, Ismail Darus, 20, dan Mohammad Shahrul Md Noor, 27, mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Amran Jantan.

Ia didakwa berlaku di sebuah kereta di kawasan kebun pisang dekat Masjid Kampung Teluk Pelandok, Pasir Panjang, Port Dickson, antara jam 2.10 dan 2.40 pagi.

Nor Effendi menghadapi dua pertuduhan iaitu rogol dan samun, Ismail dan Muhammad Khairi pula dikenakan satu pertuduhan rogol, dan Mohamad Shahrul dikenakan dua pertuduhan rogol.

Pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa ASP So Phon dan mereka kesemua tidak diwakili peguam.

Keempat-empat tertuduh dikenakan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan dua penjamin.

Kes akan disebut semula pada 29 Januari tahun depan.
-BERNAMA-

Tiada ulasan: