"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bukit Gantang peluang terbaik rakyat protes BN



PILIHAN RAYA KECIL Parlimen Bukit Gantang merupakan peluang terbaik untuk rakyat menyatakan sikap dan pendirian terhadap mainan politik BN yang melanda negeri Perak.

Pilihan raya itu juga membuka peluang sekurang-kurangnya ada satu peluang kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk memberikan bukti kepada semua pihak tentang sikap dan perasaan rakyat.

Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato Wan Rahim Wan Abdullah menganggap kekosongan kerusi Bukit Gantang itu adalah satu takdir Allah untuk menterjemahkan keputusan rakyat yang mahukan diadili dengan undang-undang.

"Jadi peluang ini harus digunakan sedaya upaya oleh Pakatan Rakyat untuk memberikan satu mesej yang jelas kepada pihak berkuasa bahawa mereka peka dan sedar tentang mainan politik yang sedang berlaku," katanya.                                                                                                                                                                                                                       
http://sanggahtoksago.blogspot.com/

Tiada ulasan: