"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Siapa calon PAS di Bukit Gantang ?

BUKIT GANTANG, 10 Feb. :- Kehangatan mengenai siapa calon Pakatan Rakyat dan BN dalam pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang mulai terasa. Hampir setiap hari ada saja mesyuarat kedua belah pihak membincangkan siapakah calon yang akan ditampilkan oleh kedua belah pihak.


Apapun sejak menerima berita meninggal dunianya Hj. Roslan Sharom saya menerima komen dalam blog ini dan banyak sms yang mencadangkan calon-calon bagi PR yang mengikut pandangan mereka adalah yang terbaik, dan bagi saya tidak memandang rendah kepada semua cadangan tersebut.


Cadangan paling popular ialah DS. Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin , diikuti oleh Ust. Idris Ahmad dan Ust. Norazli Musa.

Mengenai cadangan DS. Nizar sebagai calon saya menerima komen dari seorang pembaca yang juga mencalonkan DS. Nizar namun menyatakan kedudukannya sebagai MB Perak pakatan Rakyat yang kita iktiraf akan terlucut kerana beliau kena letak jawatan sebagai syarat menjadi calon. Katanya lagi kita pertahan supaya dia jangan letak jawatan namun dia kena letak jawatan kalau dicalonkan di Bukit Gantang.

Selain itu nama AJK PAS Pusat, Ust. idris Ahmad juga hangat disebut di Bukit Gantang. Beliau pernah menjadi calon Parlimen ditempat yang sama pada tahun 1999. Setelah itu pada PR ke 11 dan 12 beliau bertanding dua kali di Parlimen Jerlun.

Ketokohan Ust. Idris sangat bergantung kepada ketokohan peribadi dan latarbelakang keluarga Hj. Ahmad Sungai Petai yang sangat dihormati oleh masyarakat setempat.

Abangnya Datuk Hassan Hj. Ahmad adalah Mufti Negeri Pulau Pinang. Abangnya juga Datuk Salleh Hj. Ahmad adalah tokoh akademik terkenal sebagai pensyarah di UIA.

Nama yang disebut juga ialah Ust. Norazli Musa , bekas calon DUN Trong pada PR yang lepas dan Ketua Dewan pemuda PAS Perak.

Apapun bagi Pakatan Rakyat dan PAS siapa pun calon tidak menjadi masalah yang besar, semua boleh mencadangkan namun setelah pimpinan memutuskan semua akan akur dan bermati-matian memenangkan calon. Bukit Gantang akan menyaksikan gembelingan tenaga semaksima mungkin.

Permatang Pauh , Kuala Terengganu dan kini di Bukit Gantang akan meranapkan Impian kosong BN.

Dari permatang, pergi ke kuala dan kini di dua bukit. Satu di Perak dan satu di Kedah ayuh kita gerakkan tenaga untuk memenangkan calon kita.                                                                                                                                                                                                                
http://idhamlim.blogspot.com/

Tiada ulasan: