"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tak Tahu Tapi Nak Tunjuk Pandai

Silap Teknikal: Laporan Polis Hina Sultan, GMP Pula Bakal Berhadapan Dengan Tindakan Gara-Gara Buat Laporan Palsu Terhadap Malaysiakini


KUALA LUMPUR  - Portal berita internet, Malaysiakinikemungkinan besar menimbang untuk mengambil tindakan terhadap sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menamakan diri merekaGagasan Melayu Perak (GMP) atas laporan polis terhadap portal ituberhubung satu artikel yang tidak pernah disiarkan sebenarnya. SemalamPresiden GMP, Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail mendakwaMalaysiakini telah menyiarkan satu artikel yang menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah. Artikel tersebut, yang bertajuk ‘Raja Nazrin defends monarchy against ridicule', yang didakwa disiarkan pada hari Selasa. Walau bagaimana pun apabila dibuat siasatan, tidak ada artikel seumpama itu yang disiarkan oleh lamanweb berkenaan. Malaysiakini dikatakan telah menghubungi GMP pagi ini untuk mendapatkan penjelasan berhubung laporan polis tersebut dan Mohd Hilmi memberitahu yang beliau tidak tahu yang Malaysiakini tidak menyiarkan artikel dalam bahasa Inggeris itu. Menurutnya, beliau tidak tahu tentang artikel itu dan dimaklumkan mengenainya oleh kakitangannya, sebelum membuat laporan polis tersebut. Bila tanya sama ada beliau sedar bahawa laporan polis yang dibuatnya itu boleh mencemarkan reputasi Malaysiakini, Mohd Hilmi menjawab "Bukankah Malaysiakini sama dengan Malaysia Today dan blog-blog lain?". Malaysiakini telah meminta Mohd Hilmi memohon maaf secara terbuka kerana membuat tuduhan palsu itu. Sementara itu, kira-kira empat jam selepas menghubungi Mohd Hilmi, penasihat undang-undang GMP, Nor Ali Nordin menghubungiMalaysiakini untuk memohon di atas kesilapan tersebut. Katanya, Mohd Hilmi telah bercakap dengannya dan mereka ingin memohon maaf kepadaMalaysiakini di atas kesilapan menamakan lamanweb tersebut dalam laporan polis semalam. Nor Ali juga berkata, beliau dan anggota GMP yang lain akan ke Balai Polis Sungai Senam jam 3 petang ini untuk memperbetulkan laporan polis semalam. Katanya, mereka akan mengeluarkan nama Malaysiakini dari laporan tersebut dan menggantikannya dengan lamanweb yang menyiarkan laporan berkenaan. Beliau berkata berkata, GMP telah memaklumkan kepada akhbar-akhbar harian tempatan mengenai kesilapan tersebut. Nor Ali berkata, akhbar-akhbar berkenaan telah memberi jaminan akan menyiarkan pembetulannya. Bernama dan Utusan Malaysia, adalah antara media yang menyiarkan berita mengenai laporan polis yang dibuat itu.

[Inilah padahnya bila tidak faham internet, kemudian ingin populariti untuk menjadi "jaguh kampung". Tindakan yang dibuat tanpa merujuk kepada laporan terbabit dan sekadar mendapat info daripada anak buah yang memang mempunyai perasaan hasad dengki yang meluap-luap akhirnya memakan diri sendiri. Sebenarnya, kes seperti ini memang banyak berlaku terutamanya yang melibatkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional itu sendiri. Mereka difahamkan tidak pernah pun melayari apatah lagi membaca portal berita internt sebenarnya, namun mereka akan bertindak garang bila mendapati laporan yang ditulis boleh menjejaskan imej mereka. Walhal, mereka hanya diberikan salinan yang dibuat oleh kakitangan mereka sendiri. Inilah yang berlaku kepada Presiden GMP ini sebenarnya. Lagak tak kena caranya. Konon ingin mengampu Sultan dan Kerajaan BN Perak. Akhirnya diri sendiri menghadapi masalah dan penyakit yang sengaja dicari itu sebenarnya].

Tiada ulasan: