Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria di dakwa membisu dan berdiam diri terhadap Konsert Jom Heboh tajaan TV3 yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini di Lumut, Perak. Pendirian ulama yang disegani ramai itu agak memeranjatkan memandangkan beliau sendiri telah mengeluarkan fatwa pada 30 Julai 2004 mengharamkan acara tersebut atas dasar ia melalai dan menggalakkan maksiat dikalangan anak-anak muda. Mungkin sebagai mufti yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri apatah lagi negeri Perak sekarang diperintah oleh kerajaan kudeta Barisan Nasional beliau bimbang periuk nasinya terjejas. Sikap rasa hormat dan tunduk Umno dan BN terhadap pendapat mufti mereka sendiri boleh dilihat dengan tindakan yang diambil walaupun hukum agama telah dikeluarkan. Walaupun diharamkan kerajaan negeri Perak pimpinan BN tetap membenarkan karnival tersebut diadakan pada 5 dan 6 Mei 2007 di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Nasihat Harussani yang menegaskan program konsert ‘Sure Heboh’ itu tetap haram walaupun selepas ia ditukar nama menjadi ‘Jom Heboh tidak diendahkan langsung oleh kerajaan negeri BN dan acara tersebut diteruskan juga. Konsert Sure Heboh TV3 yang berkonsepkan ekspo dan hiburan mula dilancarkan pada Julai 2003 sebelum diubah namanya kepada Jom Heboh pada 2006. Ini berlainan pula dengan sikap diambil oleh kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat yang ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum ke 12 tahun lalu. Atas dasar menghormati prinsip-prinsip Islam sejagat dan keadilan yang diamal oleh kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, pihak TV3 bersetuju menarik diri daripada menganjurkan karnival tersebut di bumi Perak. -TVAntara.com.my- |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Konsert Jom Heboh: Mufti Perak Membisu Seribu Bahasa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan