"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SOALAN DARI BUKAN ISLAM UNTUK ORANG ISLAM, TENTANG AGAMA ISLAM

Selama dua bulan ini terlampau banyak isu politik yang dicatatkan disini, kerana itu kali ini saya ingin mencatatkan satu topik dari Kumpulan email Islamic-ebook.

DGN  NAMA  ALLAH  YG  MAHA  PEMURAH, MAHA PENGASIH

Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama
Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?
 

Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam
Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
 

Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan atau Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi
Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja
nabi Isa itu Tuhan kan? 

Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman
nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
 

Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir
tanpa bapa.
 

Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja?
Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.

6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami'
Kenapa?
 

'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ? Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'aku' kata jamaknya 'kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' .

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah
rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?

Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk
dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?
 

Sains telah buktikan,sayur dan pokok turut ada nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan banyak nyawa manusia.

9) Sami Budha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria,
bunuh binatang dosa besar"
 

Kita jawab seperti ini, habis tu, kita cumaberdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ada deria?

10) Sami Budha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik" 

Kita jawab lagi "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus"

11) Sami Budha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit" 

Kita jawab ,"Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan
binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi
taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran..." Eleh,
tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? Lagi besar penyakitnya kan?
Lembu yang ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak
kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa
yang telah Allah halalkan untuk kita.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi? 

Sebab bukansemua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah. 

Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah
berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk
melaungkan azan. Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam
hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC,
orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita
untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum
baginda kan betul2 juga? 

Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

Soalan2 yg nyatakan di atas, sebenarnya memang benar2 di tanya oleh orang
bukan Islam secara spontan pada orang Islam... mereka bertanya bukan kerana
hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yg ilmu hanya ala
kadar berasa was2 dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was2
dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yg disampaikan pun tak perlu
panjang2 cukup sekadar ringkas dan padat. Aku hanya menyampaikan sahaja.
Segala kekurangan dan salah silap harap diperbetul dan dimaafkan...
WALlahua'lam

Tiada ulasan: