"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kebatilan Umpama Embun, Musnah Selepas Suria Menjenguk

KEBENARAN tetap akan menjelma dan kebatilan akan sirna juga akhirnya. Kekeliruan dan sikap kita tidak mahu menyelidik terhadap sesuatu laporan atau khabar menyebabkan kita jadi terkeliru dan akhirnya terjerumus ke dalam fitnah yang boleh menyebabkan keadaan menjadi huruhara.


Begitulah apa yang dapat disimpulkan mengenai tuduhan kononnya Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra yang cuba diaibkan dengan satu laporan liar yang dipetik dari Indonesia mendakwa Tengku Fakhry melarikan isterinya, Monahara Odelia Pinot,17 dan melakukan penyeksaan fizikal.

Bukan saja saya, semua orang mungkin tidak mengerti apakah motif berita berkenaan? Yang menyebabkan saya menggaru kepala ialah, macam mana seorang ibu yang berstatus mertua boleh menuduh menantu melarikan isterinya! Aneh.

Sekali ingat boleh bikin filem Keluarga 69 versi baru pula.

Seperti mana dijelaskan, bahawa Fakhry telah mengahwini Monahara dengan sah. Mengikut syarak Fakhry berhak membawa isterinya walaupun mencecah ke langit hijau sekalipun. Tidak siapa boleh menghalangnya lagi. Dan sesudah menjadi seorang isteri, Monahara berkewajiban mentaati suaminya selagi suaminya mentaati syarak. Manakala status ibu yang melahirkannya sudah berada di urutan ke bawah. Betapa si ibu, ibu Daisy Fajarina, 44 menyayangi anaknya namun hukum tidak dapat dibatasi.


Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: 
"Jika seseorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur, isterinya tidak datang dan suaminya tidur dalam keadaan marah, malaikat akan melaknat isteri berkenaan sehingga Subuh." Saya kira ibu Daisy mengerti dan arif dengan hadith berkenaan. Justeru apa yang Monahara lakukan itu benar dan betul belaka dan menepati hukum syarak dan juga mengikut perikemanusiaan dan kasih serta cintanya kepada Tengku Fakhry. Terlebih dari itu ialah Monahara mengikut syarak.




Tidak wujud di sini kalau bintang peragawati itu dilarikan dan diseksa di dalam istana. Nampaknya cerita-cerita di zaman klasik dahulu hendak dihidupkan semula semata-mata mahu glamour dan gimik, atau ada motif tersirat yang tersendiri. Apakah ada agenda untuk memburukkan istana Kelantan dalam episod ini?

Tentunya Tengku Fakhry seorang anak raja di zaman moden, yang luas pergaulan tidak masuk akal kalau masih bersikap seperti raja-raja di zaman dahulu seperti mana dinukilkan dalam filem-filem Melayu. Bukan begitu! Malahan kekanda Tengku Fakhry, Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra begitu mengambil berat hal-hal keagamaan dan adat dan budi sudah tentu Tengku Faris menjaga sebarang kejadian buruk dari mecacatkan nama baik istana Kelantan.

Cuma apa yang mungkin berlaku di sini, ada sesuatu yang ibu Daisy mahukan namun sukar untuk dilaksana mereka suami isteri. Sedia maklum, Fakhry adalah pangeran. Mungkin dalam kepala ibu Daisy pangeran mempunyai harta yang bertimbun dan berkarun yang boleh dikongsi bersama.

Apakah ada berlaku tuntutan harta sebagai ganjaran kerana membenarkan Monahara berkahwin dengan Fakhry? Kemungkinan tidak boleh dinafikan.

Untuk penjelasan ibu Daisy, setakat saya ketahui sebagai anak Kelantan yang berada jauh di luar pagar istana, istana Kelantan tidak sekaya seperti mana yang digembar gemburkan. Kehidupan istana Kelantan sederhana saja, orang Indonesia bilang biasa-biasa saja, dong...

Istana Kelantan tidak tamak mencari harta dan mereka hidup sekadar yang termampu saja. Sering kali salah anggap bila disebut raja, menyebabkan orang berfikir semua raja tamak haloba, suka mengaut harta rakyat dan sebagainya. Tetapi tidak begitu di Kelantan. Tidak ada seorang rakyat Kelantan kebuluran disebabkan semua kekayaan Kelantan dipunggah ke istana!

Sudahlah, cerita sensasi kononnya Tengku Fakhry melarikan Monahara dan diseksa di istana semuanya tidak betul dan merupakan satu garapan karut semata-mata. Hakikat ini bukan ilusi saya, tetapi ada bukti jelas menunjukkan ianya tidak benar.

Lewat malam tadi saya menerima beberapa keping gambar terbaru Monahara bersama Tengku Fakhry yang dikirimkan oleh seorang kerabat di raja Kelantan. Gambar ini dirakamkan semasa mereka dan rombongan bercuti di Bukit Fraser dua minggu lepas. Gambar-gambar ini mencerminkan bagaimana kehidupan mereka yang sebenarnya.

Apakah Monahara dipaksa untuk bahagia di samping suaminya. Dipaksa tersenyum riang untuk dipotret? Saya tidak mahu mengulas, tetapi tataplah kesemua gambar yang saya postkan ini dengan mata hati perasaan dan bukan dengan prejudis. Kata orang gambar menceritakan segala-galanya.

Dan saya percaya sehari dua lagi semua cerita ini akan usai. Embun akan kering sebaik suria menjenguk alam. Khabarnya malam esok Tengku Fakhry dan Monahara akan muncul di stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak antara Kelantan dengan Selangor. Nah... mari kita ramai-ramai mencuri intai bagaimana intim dan mesranya mereka berdua di pintu masuk stadium itu.
Kepada ibu Daisy Fajarina yang terhormat, rakyat Malaysia khasnya Kelantan sangat berbangga dengan ibu kerana memiliki seorang puteri secantik Monahara yang bisa mengalahkan kejelitaan Puteri Saadong. Kami di Kelantan menerima Monahara sebagai bintang kejora yang mengambang selepas fajar siddik. Kami di Kelantan menyambutnya dengan harapan kejora yang satu ini dapat memberi cahaya kepada kami semua.

Tenang, dan marilah kita bersama meraikan kebahagiaan mereka. Silaturahim yang sudah ditakdir terjalin antara keluarga ibu dan istana Kelantan hendaklah dihormati dan diteruskan. Bukankah kita semua bersaudara. Ingatlah kepada pesanan Tuhan (Allah), bila aku berkehendakkan sesuatu cukup aku mengatakan kun fayakun, jadi maka jadilah ia.

Tuhan telah melapazkan begitu antara Fakhry dan Monahara, kun fayakun kahwinlah kamu maka kahwinlah mereka. Dan apalah kita sebagai hambaNya yang hina lagi lemah ini tentu tidak dapat mengatasi kehendak dan kemahuanNya yang sarat dengan hikmah.

Didoakan semoga Allah s.w.t. mengurniakan cahaya mata kepada pasangan di raja itu dan dengan itu akan bertambah seri dan cerialah istana Kelantan dengan tangisan kelahiran zuriat yang bakal meruntuhkan segala tohmahan dan kepalsuan yang berlaku kini.

Selamat pengantin baru yang lewat daripada saya dan keluarga untuk Fakhry dan Monahara. 

Tiada ulasan: