"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

JOHOR, NEGERI SEMBILAN BAKAL KITA TAWAN, TETAPI TIDAK MELAKA

Wan Fauzdin

PERNAHKAH kita menjangka satu hari nanti Selangor akan dirampas oleh pembangkang? Mustahil jika difikirkan oleh akal kita memandangkan negeri tersebut begitu hebat kemajuan dan pembangunannya. Namun itu semua akhirnya mengajar kita betapa pembangunan dan kemajuan tidak cukup membuatkan rakyat bahagia. Bukan sedikit yang menderita di dalam sebuah negeri yang kaya raya. Kerajaan Firaun dahulu pun pun cukup kaya, tetapi berbahagiakah rakyat di bawah pemerintahan Firaun?

Kuasa Allah tidak menjangkau fikiran kita, akhirnya Umno/Bn terpaksa menyerahkan negeri terkaya itu kepada PR yang diterajui oleh PKR. Setelah PR mengambil alih, baru kita ketahui rupa-rupanya di sebalik kekayaan negeri tersebut sewaktu diperintah oleh Umno/Bn terlalu banyak berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa yang disembunyikan oleh pemerintah ketika itu. Maka sebab itulah agaknya semakin lama semakin ramai mula menyedari betapa rakyat Selangor selama ini dipergunakan demi mempertahankan kuasa mereka. Akhirnya rakyat bangkit meruntuhkan kerajaan Umno/Bn itu.

Siapa boleh beri jaminan bahawa Johor yang dikatakan negeri terlalu kuat Umno nya itu tidak akan berjaya dirampas oleh PR ? Saya percaya setelah apa yang berlaku kepada Selangor dan Perak khususnya, tiada siapa berani beri jaminan Umno/Bn akan kekal memerintah Johor. Perkembangan terbaru di Johor dilihat semakin menghampirkan rakyat Johor mengenali PR. Umno di Johor tidak lagi sehebat dahulu dan MB nya pun sekarang mulai merasa panasnya Umno ketika ini. Kita sendiri jarang melihat wajah MB Johor di kaca TV dan media arus perdana sejak kebelakangan ini. Tidak dapat disembunyikan lagi hubungan MB negeri tersebut dengan TPM iaitu anak Johor juga agak renggang. Suara tokoh-tokoh Umno Johor juga seolah-olah hilang dari arus perdana. MCA bagaikan tiada lagi kekuatan di situ akibat perebutan kuasa di dalam partinya. PR kini mula memperluaskan pengaruhnya dan PAS telah pun mula mendapatkan tapaknya di Dun negeri tersebut.

Kehadiran DS Anwar baru-baru ini ke Johor menambahkan lagi semangat PR di Johor. Kehadiran ramai orang yang mendengar pidato Ketua Pembangkang tersebut merupakan sejarah baru di Johor. Baru-baru ini perjumpaan DS Anwar bersama rakyat di sebuah restoren di Johor, mereka melakukan sabotaj dengan memotong bekalan letrik. Tetapi atas kekuatan semangat penyokong yang bertindak pantas, mereka terpaksa menyambung kembali bekalan letrik tersebut. Begitulah hebatnya pengaruh DS Anwar di saat beliau difitnah.

Begitu lah juga keadaan yang berlaku di Negeri Sembilan yang terkenal dengan adat Perpatih ini. DAP agak biasa di Negeri Sembilan, tetapi terfikirkah oleh kita PAS juga berjaya memasuki Dun di Negeri Sembilan? Kehadiran DS Anwar baru-baru ini sudah cukup menggambarkan betapa harapan kita cerah untuk melihat negeri ini akan diperintah oleh PR pada Pilihanraya Umum akan datang. Kehadiran melebihi 20 ribu orang di tengah-tengah hujan lebat bagi mendengar amanat DS Anwar di dalam program `Halilintar Ke Putrajaya' amat merimaskan Umno/Bn di negeri ini. Rupa-rupanya program `Juara Rakyat' tidak mampu untuk memperbodohkan rakyat lagi. Pembangunan di negeri tersebut kebanyakannya tertumpu di bandar, manakala di kampung-kampung masih ketinggalan. Jika kita pergi ke Jelebu contohnya, kita akan lihat daerah ini terlalu jauh ketinggalan walau pun MP Jelebu adalah Rais Yatim seorang Menteri dalam kabinet 1 Malaysia. Anda dikira bertuah jika berjumpa bas pengangkutan awam yang lalu di kawasan kampung satu jam sekali. Masalah kesukaran bas bukan masalah baru di kampung-kampung dalam daerah Jelebu.

Saya penuh yakin, dua negeri ini akan berjaya di`takluk' oleh PR di dalam Pilihanraya Umum akan datang. Secara jujur juga, saya akui negeri yang agak sukar ditawan oleh PR di dalam pilihanraya nanti adalah Melaka. Biar pun kita ketahui KM Melaka pernah disabitkan dengan politik wang di dalam Umno, tetapi rakyat Melaka kebanyakkannya tidak memandang itu masalah yang besar bagi mereka. Kelebihan KM Melaka sekarang adalah bijak `membuta'kan mata rakyat Melaka dengan pembangunan termasuk di kampung-kampung. Usaha lebih kuat perlu dilakukan oleh PR bagi menyelamatkan rakyat Melaka dari terus ditipu oleh Umno/Bn.

http://wfauzdin.blogspot.com/

Tiada ulasan: