Kerajaan Selangor hari ini mengedarkan kertas putih mengenai Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kepada DUN Selangor, antara lain mendapati penggadaian 16 lot tanah bernilai lebih 100 juta kepada beberapa pihak. Membacakan ringkasan eksekutif laporan tersebut, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim juga mendedahkan, salah satu subsidiari yayasan tersebut - Permodalan YBK Sdn Bhd (PYBK) - terlibat dengan gadaiaan berjumlah RM102 juta. "Gadaian ini boleh menyebabkan tanah yang dianugerahkan untuk tujuan membasmi kemiskinan jatuh ke tangan pihak ketiga," kata Khalid dalam sidang media di pejabat menteri besar di DUN Selangor. Khalid juga mendakwa laporan yang disediakan Jabatan Audit Selangor - sebuah agensi di bawah kerajaan persekutuan - akan dibawa kepada penelitian sebuah jawatankuasa khas kerana ia "belum lengkap" sepenuhnya. Sehubungan itu, satu jawatankuasa khas dianggotai badan bebas seperti majlis peguam dan Tranparency International akan dilantik untuk menganggotainya. Butiran lanjut jawatankuasa tersebut belum ditentukan buat masa ini, tambahnya. Antara kandungan laporan tersebut:
|
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Laporan audit: YBK gadai tanah lebih RM100 juta
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan