"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kempen bantah kenaikan harga barang 28 Julai

Mohd Shubihi Muhamad Zain
KUALA LUMPUR, 18 Julai:
Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) menetapkan 28 Julai ini sebagai tarikh pelancaran kempen bantahan terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga beberapa barangan asasi beberapa hari lalu.

Jurucakap Protes, Dr Mohd Hatta Ramli memberitahu media selepas mempengerusikan mesyuarat gabungan itu di Pejabat Agung PAS, dekat sini, tengah hari tadi.

Menurutnya, pelancaran tersebut akan berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur dan pada hari itu akan diputuskan tarikh demontrasi besar-besaran membantah tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas.

"Mesyuarat tengah hari tadi turut membincangkan cadangan untuk mengadakan demontrasi tetapi tarikhnya akan ditentukan dalam mesyuarat semasa pelancaran kempen bantahan tersebut.

"Selain itu, kita juga akan menyusun aktiviti-aktiviti lain iaitu penyediaan risalah dan maklumat berkaitan dan juga menyusun tarikh 'road show' ke seluruh negara," katanya.

Beliau yang juga Bendahari PAS Pusat berkata, cadangan untuk berdemontrasi dilihat sebagai kaedah bantahan yang paling berkesan dan efektif.

"Demontrasi membantah PPSMI, GST dan yang terbaru kelulusan lesen judi, berjaya memberikan tekanan kepada kerajaan untuk menangguhkan dan ada yang terpaksa dibatalkan keputusan yang telah dibuat," katanya.

Ditanya sama ada demonstrasi itu akan dibuat menjelang bulan Ramadhan, beliau berkata, Protes lebih gemar untuk mengumumkan pada hari pelancaran kempen tersebut (28 Julai).

"Kalau boleh kita nak buat segera, dan kita tidak boleh berlengah-lengah sangat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

Tiada ulasan: