"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Muslimat PAS jadi pengkhianat melayu? Dah cakap cina sejak berkawan dengan DAP



PAS Adil, Tidak Kira Bangsa dan Agama


http://buletinonline.net/images/stories/berita41/IMG_0158a.JPG
Suragate, DUNGUN: Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Dungun berkata PAS adalah sebuah parti politik yang adil tanpa mengira bangsa dan agama.

Puan Serena Lim Abdullah berharap, PAS dapat memberi ruang dan memperuntukkan satu kerusi untuk ditandingi oleh kepimpinan Dewan Perhimpunan Penyokong PAS dalam pilihanraya yang akan datang.

Beliau yang juga aktivis muslimat PAS adalah seorang Cina Muslim berketurunan Hokkien. berkata demikian dalam majlis makan malam meraikan Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan DUN Sura di sini Sabtu, 12 Februari

"Terima kasih kerana sudi hadir rumah terbuka PAS, saya tak pandai cakap Mandarin, cuma pandai Hokkien sahaja, saya orang Hokkien, saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru, semoga tahun Arnab adalah (tahun) yang murah rezeki,

http://buletinonline.net/images/stories/berita41/IMG_0161a.JPG
"PAS adalah (parti politik) yang adil, tidak mengira bangsa atau agama, sekarang PAS ada (menubuhkan) Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DHPP untuk orang bukan Islam), saya harap semua dapat masuk (sertai),

"dan (saya) harap PAS dapat memberikan satu kerusi kepada DHPP),"Kata Serena yang berucap dalam dailek Hokkien kepada lebih 200 orang kaum Cina yang hadir dalam majlis tersebut.

Beliau menyeru semua orang Cina menyokong dan mengundi PAS dalam pilihanraya akan datang kerana menurutnya kehidupan rakyat akan menjadi bertambah susah sekira Barisan Nasional (BN) terus memerintah.

"Kalau kita (terus) bagi (membiarkan) BN jaga (memerintah negara), (maknanya) lagi nak mati lo (nak membunuh diri sendiri kerana) harga barang naik setiap hari, kalau sekarang ambil (kita bawa) RM100 pergi ke pasar nak beli barang, cuma boleh dapat sedikit sahaja (berbanding dahulu),"ujarnya.

Tiada ulasan: