"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pegawai Polis Akui Silap Ketika Inkues Teoh


KUALA LUMPUR, 24 FEB: Seorang pegawai polis hari ini mengakui yang beliau telah melakukan kesilapan dalam keterangan ketika inkues kematian Teoh Beng Hock sebelum ini.


Pegawai penyiasat ASP Ahmad Nazri Zainal memberitahu suruhanjaya siasatan kematian Teoh, beliau telah tersilap dalam memaklumkan identiti pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memberikannya kad pengenalan bekas setiausaha politik itu.

"Ketika inkues, saya telah melakukan kesilapan," kata Ahmad Nazri hari ini.
"Zurinawati (Zulkipli) yang menunjukkan beg Teoh (yang ada) di sofa. Bukan dia yang memberikan saya kad pengenalan," katanya lagi.

Inkues itu berakhir awal bulan lalu dengan keputusan terbuka.

Semalam Ahmad Nazri diarah oleh suruhanjaya siasatan supaya mencari jam tangan yang hilang, kira-kira dua tahun selepas kematiannya.
-tvsnews-

1 ulasan:

azman kamarul berkata...

Agaknya kes tembak Aminurrasyid tempohari pun TERSILAP LAH JUGA KOT!