"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mana suara Mufti Perak dan 40 ulama muda Umno?

hanzarbosnia

Masyarakat hari ini dijamu dengan pelbagai cerita lucah dan fitnah di seluruh media tanpa rasa segan silu di hadapan kanak-kanak. Anehnya, golongan agamawan seperti para mufti (terutamanya mufti Perak), 40 ulama muda UMNO dan menteri berkelulusan agama diam membisu seperti berhala batu yang hanya tahu disembahdisujud, walhal dahulunya merekalah pejuang dalam isu-isu agama yang menguntungkan dasar Kerajaan BN.

Sekiranya ulama Pakatan dianggap sesat, manakah dia suara dari mufti-mufti (terutamanya mufti Perak) yang diiktiraf kerajaan BN?

Sekiranya ulama Pakatan dianggap jahil, manakah dia suara 40 ulama Umno yang mempunyai tauliah di seluruh negara? 

Sekiranya fatwa ulama Pas dianggap memperalatkan agama, manakah suara pensyarah-pensyarah Pengajian Islam yang dahulunya lantang menyinga dengan journal dan kajian ilmiahnya? 

Ijazah apa yang kamu semua dapat? Tidak jumpakah hukum-hukum masalah ini dalam kitab-kitab yang ada dalam perpustakaan besar di universiti-universiti dan pejabat-pejabat agama? Tidak jumpakah atau sengaja tidak mahu ambil tahu?

Kami sebagai rakyat sudah tidak peduli samada Anwar bersalah atau tidak, tetapi kami sudah muak dan bosan dengan cerita lucah, kotor dan jijik yang bermain setiap hari di semua media. Tuduhan liwat, zina berlaku sewenang-wenangnya tanpa mengikut kaedah syarak, video lucah menjadi buah mulut hatta di dalam masjid sekalipun. Tidak kiralah siapa pun yang dituduh, baik Pakatan mahupun BN, para ulama kerajaan juga mestilah tegas mengeluarkan fatwa mengikut Al-Quran dan Sunnah, dan bukannya menjadi pendokong bisu kepada budaya seks dan fitnah.

Sekiranya ulama kerajaan pun diam menyepi, kepada siapakah rakyat mahu merujuk kerana di mata kerajaan, ulama-ulama Pas sentiasa dihukum sesat dan jahil. Rakyat mahu dengar suara dari ulama kerajaan yang dibayar gajinya melalui cukai-cukai rakyat.

Rakyat bukan meminta para mufti untuk membela individu yang dituduh, tetapi rakyat mahu tahu bagaimana penilaian syarak terhadap kaedah tuduh-menuduh yang berlaku sekarang ini. Rakyat bukan meminta 40 ulama muda UMNO untuk mengadili individu yang dituduh, tetapi rakyat mahu tahu kaedah sebenar pengadilan syarak dalam menuduh orang yang bersalah. Janganlah kerana kepentingan politik, jawatan mufti dan urusan agama dipandang begitu rendah, lekeh dan hina disisi masyarakat Malaysia yang bukan beragama Islam.

Tiada ulasan: