SYDNEY: Sejumlah penduduk di sini berada dalam ketakutan selepas seekor raksasa dirakamkan di dalam kawasan perairan dekat sebuah jambatan di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut seorang pegawai polis, Harvey Edison, talian telefon di kebanyakan balai polis tempatan sesak dengan panggilan orang ramai yang memberitahu kewujudan makhluk ganjil itu kelmarin.
Menurutnya, laporan awal mengenai raksasa itu datang daripada orang ramai yang menaiki kapal pesiaran, feri dan bot di Pelabuhan Sydney.
Edison berkata, semua rakaman video dan gambar yang menyiarkan kelibat raksasa itu kini dikaji oleh sekumpulan pakar bagi menentukan sama ada ia benar atau palsu.
Menurut satu kenyataan rasmi, sekumpulan pasukan yang melibatkan ahli biologi terkenal dan penyelam akan tiba di Sydney untuk menyiasat raksasa itu.
Polis di negeri New South Wales turut membatalkan semua perkhidmatan feri dan pelayaran kapal pesiaran buat sementara waktu.
Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak belayar atau menaiki bot mewah di pelabuhan ini.
Raksasa itu mempunyai leher yang panjang seperti kelibat raksasa di Loch Ness di Scotland.
-Agensi-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan