"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dakwa dicekik guru


SIK MENG (kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuatnya selepas dikasari seorang guru, manakala ibunya, Geek Thing (kiri) menunjukkan kesan anaknya dicekik di Seberang Jaya semalam.
BUKIT MERTAJAM: Seorang pelajar sebuah sekolah menengah di sini mendakwa trauma selepas dikasari oleh seorang guru di sekolah itu.
Mangsa, Tan Sik Meng, 19, pelajar tingkatan enam memberitahu, dia dikasari oleh guru tersebut selepas dia dikatakan bising sewaktu perhimpunan pagi kelmarin.
Menurutnya, selepas tamat perhimpunan kira-kira pukul 7.30 pagi, dia diarahkan untuk ke bilik guru.
"Dia (guru berkenaan) memang tidak berpuas hati dengan saya sebelum ini dan sengaja mencari alasan kononnya saya mengganggu pelajar lain semasa perhimpunan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Seberang Jaya di sini semalam.
-kosmo-

Tiada ulasan: