"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ahli Perniagaan Dibunuh Dan Disumbat Dalam Bonet Kereta

RANTAU PANJANG: Seorang lelaki yang dipercayai ahli perniagaan dijumpai mati dengan mayatnya disumbat dalam bonet kenderaan miliknya di Simpang Empat Salam dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim berkata, mayat lelaki itu yang dalam keadaan berlumuran darah dipercayai dibunuh lebih lapan jam sebelum ditemui.
"Pihak polis menerima laporan daripada seorang penjual air tebu memaklumkan mengenai penemuan sebuah kenderaan jenis Toyota Vios berwarna hitam yang berada dalam keadaan mencurigakan dan tidak berkunci di kawasan itu.
"Hasil pemeriksaan pihak polis yang tiba di kawasan itu kira-kira pukul 10 malam tadi membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai ahli perniagaan berusia 56 tahun," katanya kepada pemberita, di sini, Rabu.
Beliau berkata, lelaki itu dipercayai berasal dari Batu Dua, Jalan Kota Baharu-Kuala Krai berdasarkan dokumen pengenalan diri yang ditemui pada mayat tersebut.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati mangsa dibunuh di Kampung Tok Pelanduk, Rantau Panjang iaitu kira-kira lima kilometer dari tempat mayat ditemui.
-Bernama-

Tiada ulasan: