"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Al-Quran dibuang di pusat kitar semula


BATU PAHAT: Pejabat Agama Daerah ini terkejut dan kecewa dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membuang al-Quran dan kitab sewenang-wenangnya.

Pentadbirnya, Mustaffa Omar berkata demikian selepas mengesan banyak al-Quran dan kitab lama yang diletak di tepi sebuah pusat kitar semula di Jalan Parit Besar di sini baru-baru ini.
Perbuatan seperti itu, katanya, bertentangan dengan peraturan.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan kakitangan dari Bahagian Pendidikan Pejabat Agama Batu Pahat serta unit penerbitan di Kementerian Dalam Negeri telah dimaklumkan mengenai perkara itu dan telah menjalankan siasatan di premis berkenaan pada 15 Jun lalu.

“Kami dapati beberapa naskhah al-Quran serta beratus-ratus kitab, termasuk yang dimakan anai-anai, dilonggokkan di satu sudut di pusat kitar semula itu.

“Kami kemudian memaklumkannya kepada pengurusan pusat berkenaan dan mereka memberi kerjasama serta membenarkan kami mengambil semua naskhah al-Quran, buku dan kitab lama yang terdapat di situ,” katanya ketika ditemui di pusat kitar semula berkenaan, petang kelmarin.

Mustaffa berkata, antara yang ditemui adalah kitab lama seperti Minhaj Abidin karangan Imam Ghazali yang sering dijadikan bahan mengajar atau rujukan utama beberapa guru sekolah pondok. Sebahagian besarnya dikarang penulis serta diterbitkan di Indonesia dan dipercayai tidak lagi laku untuk dijual.

Semua al-Quran dan kitab itu dibawa ke pejabat agama daerah ini.

Beliau menyifatkan mereka yang membuang al-Quran dan kitab seperti itu tidak tahu cara untuk melupuskannya.
-sinarharian-

1 ulasan:

siasah berkata...

salam tuan..linkkan blog ana disini.blog tuan ana dah linkkan.salam perjuangan dari siasahkini