"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

6 Melayu, 5 Cina di alamat ibu Azmin

-NSA-
SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mencabar Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletak jawatan jika gagal membuktikan apa yang dikatakannya mengenai daftar pemilih suruhanjaya itu tidak benar.
Menurut Azmin, beliau mempunyai bukti berdasarkan daftar pemilih diwartakan 13 Mei lalu, terdapat seramai 11 pengundi luar beralamat di rumah ibunya di Kampung Klang Gate Baru, Gombak, dekat sini.

“Bagaimana SPR boleh letak enam pengundi Melayu dan lima Cina di alamat rumah ibu saya. Ibu saya tinggal di rumah itu seorang diri sejak kematian ayah saya beberapa tahun lalu,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Pilihan Raya SPR di sini, semalam.

Azmin dalam satu kenyataan 14 Jun lalu mempertikaikan SPR kerana tidak memberi alamat lengkap pengundi dalam daftar pemilih SPR sehingga menyukarkan pihaknya untuk mengenal pasti identiti mereka.

Susulan pada itu, Wan Ahmad menafikan kenyataan Azmin lalu menggesa pemimpin PKR itu mengemukakan bukti.

Selain itu, Azmin turut wujud beberapa alamat rumah pangsapuri bagi pengundi di Kampung Klang Gate Baru yang tidak mempunyai sebarang bangunan tinggi.

Beliau turut mempelawa untuk membawa sendiri Wan Ahmad melawat kampung itu yang hampir kesemua penduduknya berketurunan Melayu.

“SPR perlu ingat kita memerhatikan mereka,” katanya. SH

P/S: Timbalan pengerusi SPR memang taktau malu kalau masih nak pertahankan kegagalannya...
-selatanonline-

Tiada ulasan: