Ustaz Saiful Bahri
Penulis mendengar kisah dari seorang bekas pemimpin Umno, bekas Exco negeri Terengganu yang kemudiannya keluar dari parti Umno-BN. Pernah bertanding atas tiket Semangat 46 dan istiqamah sebagai pembangkang sehingga ke penghujung usia beliau. Allahyarham menceritakan cara politik kotor pemimpin Umno yang kekadang tidak pernah terfikir oleh rakyat biasa.
Sebuah kilang kayu yang mempunyai berpuluh pekerja. Apabila hampir dengan waktu-waktu pilihanraya seorang YB Umno mengarahkan supaya pihak pengurus kilang berkenaan yang berada dalam kawasan pilihanraya beliau untuk membuang para pekerja beliau dengan memberikan pelbagai alasan. Ini menyebabkan para pekerja marah dan melakukan demontrasi serta mengadakan mogok. Apabila diadakan perbincangan dengan pihak pengurusan, ianya gagal dan pihak pengurusan tidak boleh membuat apa-apa dengan alasan penstrukturan semula syarikat kerana kerugian dan untuk mengelak syarikat daripada ditutup.
Dalam dok sibuk-sibuk macam tu, YB tersebut hadir dihadapan orang ramai yang sedang berdemo dan mogok tersebut. Beliau berucap sambil emosi seolah beliaulah pembela kepada hak rakyat. Dengan suara tegas dan marah-marah beliau memberi jaminan sebagai wakil rakyat, selaku ADUN, YB tersebut berjanji bahawa perkara tersebut akan diselesaikan. Beliau masuk ke bilik pengurusan dan berbincang dengan pihak pengurus (pura-pura berbincang le kononnya). Beberapa minit beliau keluar dengan ditemani oleh pihak pengurus, YB tersebut mengumumkan bahawa hal tersebut sudah selesai. Semua pekerja diambil balik dan beliau akan memastikan kilang berjalan seperti biasa.
Orang ramai menangis kegembiraan serta berkata: “nasib baik ada YB kita”…berteriak “hidup YB.. hidup YB” sambil mengangkat dan menjulang YB kerana dianggap sebagai penyelamat kepada periuk nasi mereka. Beliau menjadi 'hero' dan pada pilihanraya berikutnya beliau menang lagi dalam pilihanraya. Kekallah mereka sebagai penyokong tegar Umno… dulu,kini & selamanya.
Mungkin kita tak terfikir untuk melakukan yang demikian. Kalau adapun dalam cerita P.Ramlee. Itupun akalan Sarif Doll, samseng kg. Dusun. Tetapi itulah antara cara Umno membuli rakyat yang sebangsa dengan mereka. Mereka tidak mampu untuk membuli bangsa lain seperti cina dan india tetapi hanya mampu mengambil kesempatan atas kelemahan dan kedunguan bangasa mereka yang marhaen.
Tahun 1999, Umno menjanjikan 25,000 peluang pekerjaan. Sudahlah janji lalu tidak tercapai dan terbaru MB Mat Said menjanjikan 82,000 peluang pekerjaan baru. Tetapi pekerjaan yang sedia ada makin kurang? Kilang Metro-pacific di Batu enam ditutp. Ramai mana para pekerja diberhentikan. Kilang kayu Pesaka ditutup. Meskipun dapat balak anugerah kerajaan pun boleh rugi? Heran bin ajaib. Kilang plywood Bandar Durian Mas juga ditutup. Ramai pekerja yang bekerja dikalangan penyokong Umno tegar tetapi sehingga kini darah mereka masih cap dacing lagi.
Yang terbaru apabila para pekerja TADC dibuang kerja. Rasanya apakah tindakan yang akan dilakukan oleh Pemimpin Umno-BN? mereka perabih berates juta demi monsoon-cup yang manfaatnya bukan untuk rakyat Terengganu tetapi apalah sangat dengan rayuan rakyat Terengganu yang dikorbankan itu sebelum hariraya korban.
Buat sementara mungkin para pekerja yang dibuang itu disarankan dapat menjual kepok lekor atau ABC dimusim hujan nanti pada 22hb Nov apabila monsun cup bermula di kuala Terengganu atau jadi pengutip bola golf semasa pemimpin Umno bermain golf.
Pekerja TADC dibuang kerja.
K.Terengganu : Ahad 6 Nov 2011- Seramai 22 pekerja Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn. Bhd (TADC) memohon campur tangan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bagi menyelesaikan isu pemberhentian kerja yang disifatkan tidak adil.
Wakil pekerja terbabit, Mohd. Razak Salih berkata, campur tangan Menteri Besar terpaksa dibuat setelah pihaknya gagal mendapatkan penjelasan daripada pengurusan syarikat di bawah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) itu.
"Mereka (syarikat) seolah-olah tidak memberi peluang langsung kepada kami untuk mendapatkan penjelasan kerana sebelum notis pemberhentian itu ialah cuti Hari Raya Aidiladha," katanya kepada pemberita selepas mengetuai perhimpunan aman di Kuala Terengganu, Ahad lalu (6 November 2011).
Para pekerja yang menerima notis pemberhentian kerja itu terdiri daripada pekerja tetap dan kontrak termasuk berjawatan pengurus dan eksekutif syarikat yang telah berkhidmat antara satu hingga lima tahun.
Katanya, ada di antara mereka menerima imbuhan serendah RM22.20 sedangkan pekerja tersebut telah berkhidmat hampir setahun bersama TADC. Menurut beliau, kriteria pekerja yang dibuang juga tidak diberitahu sedangkan ada di antara mereka yang telah bekerja sejak awal penubuhan TADC iaitu pada tahun 2006.
"Saya dengar akan ada lagi pekerja yang akan dibuang daripada keseluruhan 70 pekerja TADC untuk fasa kedua nanti," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan