"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Toyota VS Proton. Cuba Anda Perhatikan Perbezaan Antara KeduaNya?

Berita Semasa
Di sini kami ingin kongsikan 2 kenyataan daripada orang kuat Proton dan Toyota apabila berlakunya sebarang masalah yang berkaitan dengan kereta mereka. Ada perbezaannya, anda nilaikan sendiri.
TOYOTA VS PROTON 2 Toyota VS Proton. Cuba Anda Perhatikan Perbezaan Antara KeduaNya?
Tidak semua kereta pembuat kereta adalah “sempurna”, tetapi ada perbezaanya antara pembuat kereta di dunia samada mereka-mereka ini benar-benar bertanggungjawab atau tidak?

Ada pembuat kereta, apabila timbulnya masalah walaupun sudah bertahun-tahun lamanya masih lagi buat sardin sahaja dan ada juga yang sudah bertahun-tahun lamanya masalah itu berlaku, baru sekarang sedar?

Ada juga pembuat kereta yang bertanggungjawab apabila timbulnya masalah pada model kereta mereka, sebab mereka sedar mereka tidak ada “tongkat – subsidi”, mereka tidak monopoli. Jadi mereka terpaksa bersaing secara sihat, lebih-lebih lagi jikalau timbulnya masalah.

  • Proton : Proton hasilkan sebuah kereta setiap 98 saat
  • Toyota : Toyota mampu hasilkan sebuah kereta setiap 4 saat
  • Proton : Jangan salahkan Proton kerana kami tiada masa nak periksa komponen Proton
  • Toyota : Kami minta maaf dari hujung hujung rambut hingga hujung kaki “di atas kesalahan & kesilapan kami sendiri
  • Proton : Pembuat kereta No 1 di Malaysia
  • Toyota : Pembuat kereta No 1 di Dunia
  • Proton : Harga?
  • Toyota : Harga?
  • Proton : Kualiti?
  • Toyota : Kualiti?

toyota vs Proton 3 Toyota VS Proton. Cuba Anda Perhatikan Perbezaan Antara KeduaNya?
Sumber : akhbar orientaldaily.com.my

Kami petik semua kenyataan yang dilaporkan akhbar Oriental Daily ini :

“Please do not put the blame on Proton, Proton makes 700 cars per day, that’s 1 car every 98 seconds, we do not have the time to check on Proton parts.” Earlier, Syed Zainal Abidin in his speech mentioned that Proton will emphasise on “Cheap selling price with cheap maintenance parts” principle to prevent having problems with expensive parts for cheap cars.
TOYOTA VS PROTON Toyota VS Proton. Cuba Anda Perhatikan Perbezaan Antara KeduaNya?
Manakala di atas ini pula permohonan maaf terbuka daripada Mr. Toyoda pada awal tahun 2010 kerana Toyota memanggil semula berjuta-juta model kereta mereka disebabkan masalah pedal minyak yang tersangkut di bawah karpet lantai. Masih ingat lagi?

P/S : Kualiti lebih penting daripada kauntiti. Sekurang-kurangnya biar ditegur akibat kekurangan penghasilan kereta berbanding ditegur kerana kualiti dipertikaikan oleh pengguna, tidak sepadan duit yang telah dibelanjakan…

2 ulasan:

Shaff berkata...

Itu lah bezanya kenyataan mereka yg rasa penuh tanggungjawab dgn mereka yg ambil mudah tanggungjawab. Kenyataan x pro n menjengkelkan dr proton. Buat malu rakyat m'sia je dgr statement sakit telinga cam ni. Nilai la sendiri tahap mana standard CEO ni klu dah cam ni punya cerita.

CHE SHARIFUDDIN berkata...

Jangan cakap macam tu. Proton ni lack "economics of scale". Kita tidak mempunyai modal yang besar berbanding Jepun. Proton terpaksa fikir habis2 nak keluarkan sesuatu model. Dengan Protonlah orang bumiputra dapat pengalaman buat kereta. Engineers di Proton memang bagus tetapi capital agak terhad. Janganlah banding Proton dengan Toyota, tapi banding Proton dengan syarikat kereta2 yang lebih kurang saiz syarikat. Kita semakin baik dari Fiat, Citroen, Peugoet dan even Volvo sebenarnya. Sepatutnya kita menyokong Proton dengan membeli kereta Proton. Kereta Proton semakin bagus dari setahun ke setahun. Datuk Syed menjalankan tugas dengan amat baik