hanuman
Sidang media berhubung isu panas seksualiti Merdeka hari ini seperti yang dilapurkan oleh Malaysian Insider, Marina Mahathir anak mantan Pedana Menteri cukup berang dan amat marah pada TV3 kerana TV3 mempromo program seksualiti sebagai Perhimpunan Seks Bebas. Ini jelas mengikut beliau program tersebut difitnah dan memberi amaran kepada TV3, jaga-jaga TV3.
Berita Perdana TV3 malam ini tidak ada pun melapurkan kenyataan Marina Mahathir malah gambar beliau pun di Black out, hanya lapuran Ambiga, gambar Pengerusi Tenaganita dan gambar orang lain Sedangkan gambar beliau sebelah Ambiga telah tersebar seluruh alam maya.
Adakah TV3 takut bila gambar dan kenyataan Marina Mahathir yang tak sehaluan dan kontradik dengan pemimpin-pemimpin dan NGO yang pro kerajaan.
Jangan kita lupa Marina Mahathir adalah anak Tun Mahathir dan polisi kerajaan. Mahathir Mohamad, mantan Perdana menteri yang tentunya menyokong dasar-dasar kerajaan. Bila anak beliau berpendirian menongkah arus perdana, ini sesuatu yang luar biasa. Nampaknya TV3 terpaksa Black out semua kenyataan ataupun gambar Marina Mahathir.
Adakah beliau akan menyaman atau membuat haru biru pada TV3, kita tunggu drama seterusnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan