"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ustaz Kazim dijemput UMNO untuk berceramah Politik Perdana di Selama Perak

Blog Orang Ni

Sejak namanya disebut-sebut bakal jadi calon PRU akan datang, semakin galak mengila sasau Ust Kazim naik pentas ceramah tajaan UMNO, dulu kata-nya tak moh (tak mau) terlibat dengan pentas politik,cuma nak cakap pasal Islam saja,tapi dalam dok kata tak mau sentuh politik selalunya auta Kazim saja,dia balun juga cakap politik.


Sekarang ni banyak tergantung banner-banner muka Kazim kat kawasan Larut, konon-nya ceramah Perdana pada 2hb ni... tapi hakikatnya ialah Ceramah Politik Perdana sebab memang sah dianjurkan oleh UMNO kat sini.

Ramai orang kat sekitar Sungai Tapah dan Sungai Bayor Selama kata Ceramah Kazim ni semata-mata nak balas balik ceramah-ceramah yang dibuat oleh PAS yang ahlinya ramai disini.

Memang betoi pun....dah banyak kali aku dan member dok skodeng ceramah Kazim ni, dari apa yang dok dengar memang Kazim ni bersifat terlalu pro pada UMNO nampak amat jelas..dia cuba nak selindung-selindung, tapi selalunya kantoi...haha....

Kemungkinan sebab dah terbayang nak jadi YB UMNO sebab khabarnya MB Haram Perak Zambry Kadir pun ada mengharapkan Kazim ni bertanding dalam PRU akan datang.

Maklumat terbaru yang panas mengatakan tembelang Kazim sekarang sudah pecah di Kedah, kalau dulu jadual kuliah Kazim dibeberapa masjid kat Kedah memang penuh jadualnya.

Khabarnya setiap bulan Kazim ke Kedah untuk Kedah, tapi sekarang semua masjid di Kedah sudah membatalkan kuliah-nya disebab kuliah-nya banyak menghentam Pakatan Rakyat dan membodek UMNO BN.

"Tuan-tuan semua pegi masjid untuk sembahyang... tuan-tuan hanya tau pegi saja masjid, tahu tak siapa yang buat masjid-masjid yang besar-besar dan yang cantik ini, semuanya tu Kerajaan yang dok Putrajaya buat... bla... bla.. bla..." - inilah ayat wajib dari mulut Ust Kazim dalam membodek UMNO BN dalam siri kuliahnya dimana-mana masjid termasuk di Kedah.

Nak jadi cerita... Sebuah masjid di Kedah sudah hantar surat rasmi menegur cara Kazim memberi kuliah, tapi dah memang perangai hipokrik UMNO dah sebati dalam diri Kazim, beliau dikatakan memutar belit cerita disebuah masjid lain dinegeri Kedah juga ketika memberi kuliah, konon-nya ada orang kat satu masjid hantar "Surat Layang" mempertikaikan caranya menyampai kuliah. Katanya "Orang yang hantar surat layang ni penakut, tak bermoral.. bla... bla.. bla...".

Allah Maha Kuasa... Dalam dok sedap Kazim membalun konon-nya terima surat layang tersebut, rupa-rupanya kat depan Kazim ialah individu dari AJK masjid yang hantar surat tersebut. "Kalau surat layang... mana ada nama dan alamat pengirim, kami yang buat surat tu.. itu surat rasmi bukan surat layang" - Balas AJK masjid tersebut.

Kejadian ini telah membuatkan Kazim membatalkan semua kuliahnya di Kedah, kerana tahu tembelang kaki putar alam-nya dah terbongkar.'

Ada sumber juga mengatakan Kazim sekarang dok merayu nak minta disambung semula kuliah dibeberapa masjid kat Selangor yang dikatakan menghentikan menjemputnya... apa sebabnya pun aku tak tahu, mungkin sebab yang sama juga.

Lepas ni Kazim hanya kuliah di sekitar Perak saja la...itupun atas jemputan UMNO saja.....hahaha....

Tiada ulasan: