Mohd Sayuti Omar
Satu maklumat yang baru saya terima dari Kelantan, guru pondok tersohor di Tumpat yang lantang mengkritik Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdullah Samaah katanya akan diletakkan sebagai calon UBN di salah stau kerusi DUN dalam pilihan raya akan datang.
Beberapa orang tertentu yang menganggotai satu unit kajian bebas mengenai bakal calon Umno di Kelantan mengemukakan cadangan ini langsung kepada presiden parti Mohd Najib Razak tanpa melalui Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed.
Alasan untuk menurunkan Abdullah untuk mempengaruhi pengundi Melayu di Kelantan mengenai isu-isu agama seperti kalimah Allah, doa KO Umno, Umno KO dan juga 'keceluparan' Nik Aziz dalam ceramahnya seperti menyebut 'Tuhan mencarut', Nabi Muhammad sama dengan budak kampung bernama Mamat saja dan sebagainya.
Unit kajian itu juga mencadangkan kepada Najib agar Umno menguar-uarkan Abdullah bakal dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan. Alasannya keilmuan dan kedudukan beliau sebagai guru pondok amat sesuai dilantik sebagai MB Kelantan.
Menurut unit ini satu survey telah diadakan di kalangan pengundi Melayu berusia 55 tahun ke atas bersetuju kalau Abdullah diletakkan sebagai calon dalam pilihan raya akan datang. Bagaimana pun menurut kajian itu mereka tidak setuju kalau Abdullah diuar-uarkan bakal MB Kelantan kerana beliau tidak ada pengalaman sebagai seorang adimstratif.
Sementara itu difahamkan kerusi yang kemungkinan akan diberikan kepada Abdullah ialah di Pengkalan Kubur yang kini disandang oleh Nur Zaidi Omar. Kerusi itu tepat kerana pusat pengajian Abdullah berada dalam kawasan berkenaan iaitu di Genting Tumpat.
Sementara Nur Zaidi pula katanya dicadangkan supaya dipindah ke kerusi parlimen.
Sebelum ini setiap kali pilihan raya UBN menurunkan tokoh-tokoh atau guru agama menjadi mereka calon tetapi semua tewas. Antara calon UBN bertaraf ustaz atau tok guru termasuklah Mustapa Taib, Wan Ismail Wan Ahmad, Dusuki Ahmad, Mohd Nor Deris, Zainal Abidin Abdul Kadir dan Shukeri Mohamad dan lain-lain
Tiada ulasan:
Catat Ulasan