"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kapal selam 'Scorpene' timbul di Temerloh (Gambar)

Harakahdaily
TEMERLOH: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan hari ini merasmikan markaz Unit Peti Undi (UPU) Paya Jauh di sini sebagai tanda persediaan berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Uniknya di UPU ini, mereka turut membina replika sebuah kapal selam gergasi mengambil sempena isu skandal Scorpene yang pernah menggemparkan negara sebelum ini.

Replika kapal gergasi itu dibalut dengan kain hijau dan tertera logo pangkah PAS serta bendera Malaysia.

Bersebelahan dengannya juga turut dibina replika wau bulan.
Kedua-dua replika tersebut dibina sebagai menyuntuk semangat dan menyatakan kesungguhan jentera parti di UPU tersebut untuk berkerja memenangkan PAS.

Ianya juga sebagai simbol perang pilihan raya sudah bermula, sekaligus mewarnai suasana sepanjang kempen.

Majlis tersebut turut dihadiri Yang Dipertua PAS (YDP) Temerloh Jusoh Darus, Naib YDP Syed Hamid, Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Semantan Firdaus, serta Ketua Pemuda PAS Kawasan Temerloh Sukri Suib dan AJK PAS kawasan yang lain.

Hampir 100 orang terdiri saripada masyarakat setempat turut hadir pada majlis itu tadi.