"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Peluk Artis K-Pop, Lebih Teruk Daripada Memeluk Anjing

kpop
Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia, Dr Zaharuddin Abdul Rahman melahirkan rasa terkejut adegan kumpulan K-Pop B1A4 yang terdiri daripada anggota lelaki memeluk dan mencium gadis bertudung dalam satu persembahan di Kuala Lumpur, kelmarin.

Menurutnya, adegan seperti itu 'benar-benar gerakan liberal atau lebih teruk daripada liberal' dan 'jauh lebih teruk daripada memeluk anjing', merujuk kepada program I Want to Touch a Dog di Petaling Jaya, tahun lalu, yang mencetuskan kontroversi hebat.

Menurutnya, penyebaran video itu tidak dianggap membuka aib kerana gadis dalam rakaman itu sudah tahu bahawa program itu disiarkan secara langsung di media.

"Taubat wajib bagi mereka yang terlibat, namun malang kerana video dosa mereka bakal tersebar selagi wujud YouTube," katanya yang dipetik menerusi Sinar Harian Online.

Zaharuddin turut mengingatkan pengguna media sosial supaya tidak mengeluarkan kenyataan kesat atau maki hamun terhadap individu dalam video tersebut, sebaliknya menasihati mereka.

Dalam perkembangan sama, pihak penganjur acara ini, TGM Events telah mengeluarkan kenyataan berhubung kontroversi ini.

Antara penjelasan yang dibuat menerusi kenyataan itu adalah sebelum acara bermula, hos acara mengingatkan peminat supaya tidak menyentuh atau berada terlalu dekat dengan anggota kumpulan penyanyi tersebut.

Mengenai klip parodi yang perlu dilakonkan semula, anggota B1A4 telah bertanya dan menjelaskan kepada peminat yang terpilih itu sama ada mereka tidak selesa dengan aktiviti berkenaan. Namun, peminat terpilih itu telah memberi kebenaran di atas pentas, di hadapan penonton lain.

Kenyataan penuh berhubung isu ini boleh didapati di akaun rasmi TGM Events.

Tiada ulasan: