"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

QZ8501: Tiga Kapal SAR Dakwa Kesan Kotak Hitam

Pasukan penyelam dari Angkatan Tentera Laut Indonesia melakukan tinjauan di sekitar kawasan lokasi nahas.
JAKARTA: Tiga kapal yang ditugaskan dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 mendakwa sudah berjaya mengesan kedudukan kotak hitam yang kini menjadi sebahagian fokus pencarian.

Timbalan Ketua Bidang Teknologi dan Pengembangan, Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi (BPPT), Ridwan Djamaluddin mengakui tiga kapal itu berjaya mengesan isyarat 'ping' yang sama, kira-kira pukul 8.15 pagi Waktu Indonesia Tengah (WITA).

"Yakin.. kerana tiga kapal melaporkan isyarat yang sama dengan tiga alat yang berada di tiga lokasi.

"Mudah-mudahan ia tidak salah kerana tiga alat itu ketika melakukan pengesanan, pingnya menjawab dari kotak hitam pesawat," kata Ridwan.

Beliau berkata, isyarat 'ping' daripada kotak hitam yang dicari selama ini berada di kedalaman sekitar 30 meter di dasar Laut Jawa.

Katanya, pihaknya akan menyerahkan kepada Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (KNKT) untuk tindakan susulan.

"Untuk mengangkat (kotak hitam), hanya KNKT yang mempunyai kuasa mengangkatnya," katanya.

-Metrotvnews.com


Ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ditarik oleh kapal Crest Onyx.
JAKARTA: Bahagian ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa berjaya dibawa naik ke permukaan laut dengan menggunakan beg pelampung tetapi malangnya tiada kotak hitam ditemui didalamnya, kata pihak berkuasa Indonesia.
Pesawat Airbus yang membawa 162 penumpang dan anak kapal itu dilaporkan terhempas berikutan cuaca buruk ketika dalam perjalanan dari Surabaya menuju ke Singapura pada 28 Disember lalu.

Kesemua penumpang dilaporkan maut.

Bahagian ekor pesawat, lokasi penyimpanan kotak hitam pesawat itu ditemui dalam keadaan terbalik dan terbenam dalam dasar laut pada kedalaman 30 meter.

Ia berjaya dibawa naik ke permukaan laut menggunakan kaedah pengapungan dengan enam beg pelampung dan ditarik oleh kapal Crest Onyx.

Keadaan ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang berjaya dibawa naik ke atas kapal.
"Kami berjaya membawa naik ekor pesawat itu ke atas kapal. Ia berwarna merah dan putih dan sebahagian besar logo AirAsia jelas kelihatan," kata seorang jurucakap Tentera Laut Indonesia, Manahan Simorangkir.

Ekor pesawat itu adalah serpihan besar pesawat yang ditemui dan dipercayai boleh merungkai misteri kemalangan pesawat tersebut.

Namun, menurut Pengarah Operasi Basarnas, Marsma SB Supriyadi, kotak hitam, yang merakamkan segala perbualan juruterbang di dalam kokpit mungkin tertanggal daripada ekor pesawat tersebut.

Isyarat ping yang dipercayai dihantar oleh kotak hitam pesawat tersebut pada Jumaat menguatkan lagi harapan ia akan ditemui bersama ekor pesawat tersebut.

Namun, misi pencarian agak mengecewakan apabila pihak berkuasa menyedari isyarat ping itu datang dari arah lain dan bukannya di dalam ekor pesawat tersebut.

Kotak hitam itu dipercayai terbenam jauh di dasar laut yang berselut.
-mstar-

Penyelam Tentera Laut Indonesia bersedia untuk berlepas dari kapal KRI Banda Aceh untuk menjalankan operasi mengangkat ekor pesawat penenerbangn QZ8501 di Laut Jawa, Jumaat. Isyarat ping telah dapat dikesan dikesan menurut seorang pegawai kanan pasukan carian Indonesia. -foto AFP

Penemuan Bangkai Pesawat Dan Barangan QZ8501
  

Tim SAR mulai melibatkan penyelam untuk mencari kotak hitam, mayat dan serpihan pesawat di dasar laut.
Tim SAR mulai melibatkan penyelam untuk mencari kotak hitam, mayat dan serpihan pesawat di dasar laut.
QZ8501 
Keranda jenazah pramugari AirAsia QZ8501, Khairunisa Haidar Fauzi sebelum diterbangkan menerusi pesawat khas AirAsia untuk diserahkan kepada waris keluarganya di Palembang dari Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya, Jumaat. Foto BERNAMA

Tiada ulasan: