"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

G-18 untungkan musuh: Siapakah musuh yang dimaksudkan oleh Haron Din?


Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din mengingatkan tindakan pemimpin progesif meninggalkan parti itu hanya akan menguntungkan "musuh" serta melemahkan gerakan Islam.

Menurut laporan The Star hari ini, Haron menasihati kumpulan digelar G-18 itu supaya tidak meninggalkan PAS atau mereka akhirnya akan dilupakan.

"Sekumpulan kambing akan menjadi lebih selamat apabila mereka bersama, tetapi kambing yang memilih untuk bersendirian berdepan risiko diterkam serigala," katanya.

Haron yang tidak pernah memenangi sebarang kerusi dalam mana-mana pilihan raya berkata, dengan berpisah daripada kumpulan utama, mereka bukan saja menyebabkan perpecahan parti, malah gerakan Islam.

"Tindakan mereka hanya akan menguntungkan musuh," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan "musuh" yang dirujuknya itu.

G-18 dilaporkan sedang mempertimbangkan beberapa pilihan politik selepas mereka disingkirkan secara berkumpulan oleh perwakilan PAS yang bermuktamar di Kuala Selangor pada 4 hingga 6 Jun lalu.

Sebagai ganti, kumpulan konservatif menguasai seluruh jawatankuasa pusat serta sayap PAS.

Satu-satunya pemimpin progresif yang memenangi pemilihan itu, Mazlan Aliman, juga kemudian meletak jawatan.

Haron berkata, kekalahan dalam pemilihan lalu bukan bermakna ahli PAS mahu menghalau mereka, sebaliknya pemimpin terbabit sendiri mahu keluar dari parti berkenaan.
-malaysiakini-

2 ulasan:

Unknown berkata...

Siapa musuh? Adakah UMNO?DAP?MCA,MIC?GERAKAN?PKR?

Atau PAS sendiri musuk dlm selimut yg membuat rakyat pantai Timur terus mundur dan lemah dari segi ekonomi.Apa TGHA lakukan semasa jadi MB.

Mat Rempit makin membiak adalah

Unknown berkata...

Siapa musuh? Adakah UMNO?DAP?MCA,MIC?GERAKAN?PKR?

Atau PAS sendiri musuk dlm selimut yg membuat rakyat pantai Timur terus mundur dan lemah dari segi ekonomi.Apa TGHA lakukan semasa jadi MB.

Mat Rempit makin membiak adalah