"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mimpi jumpa Rasulullah : Ulasan mufti Perlis dedah ada ulama cap ayam dalam PAS?

dr-maza
PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berpendapat ramai orang tertipu dengan mainan mimpi bertemu Nabi Muhammad S.A.W.
Beliau berkata, seringkali mereka yang suka mendakwa bermimpi dengan Rasulullah mempunyai tujuan tertentu.

Malah, menurut beliau, terdapat juga segelintir pihak yang bersikap riak atau mahu menunjuk-nunjuk bagi tujuan mendapat kemasyhuran diri dengan mendakwa telah bermimpi berjumpa dengan Rasulullah.

“Padahal mereka lupa, riak adalah penyakit dari suntikan syaitan dan mereka telah jatuh ke dalam perangkap syaitan,” katanya menerusi status terbaru di laman Facebook DrMaza.com pada Khamis.

Tambah Dr. Asri lagi, apa yang berlaku itu seperti ingin menambah pengaruh diri, mengumpulkan harta orang ramai untuk diri sendiri, menyokong puak ataupun aliran tertentu dan juga tujuan politik kepartian.

“Bukan sedikit dalam sejarah golongan yang menyeleweng menggunakan dakwaan sebegini bagi menaikkan diri sendiri dan menyokong aliran yang mereka dokongi.,” ujar beliau lagi.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Mokhtar Senik dalam status Facebooknya, mendakwa telah bermimpi dan bertemu Nabi Muhammad dan sahabat baginda Umar Al-Khattab berpuluh kali.

Dakwanya, peristiwa itu terjadi sewaktu beliau ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Tahanan Kamunting.

Ketua Dewan Ulama PAS Pahang itu juga menyatakan, antara hiburan Allah kepada mereka semasa di dalam tahanan ISA di Kamunting adalah mimpi-mimpi yang indah.

Bagaimanapun, Mokhtar kemudiannya telah bertindak memadamkan posting berkenaan.
-fmt-

Tiada ulasan: