"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perbuatan kejam jururawat dirakam CCTV

Pesakit
New York:Seorang pesakit cacat berusia 51 tahun diseret ke biliknya dalam keadaan berlumuran darah oleh seorang jururawat lelaki di pusat kejururawatan dan pemulihan di Far Rockaway, di sini.

Perbuatan kejam mereka itu telah dirakamkan melalui kamera CCTV.

Dalam rakaman itu, pesakit tersebut yang hanya memakai gaun hospital, telah terjatuh di hadapan jururawat lelaki itu dikenali sebagai Emmanuael Ufot, 36.

Manakala dua lagi jururawat wanita Funnmiloloa Taiwo, 34, dan Esohe Agbonkpolor, 39, hanya memerhatikan sahaja pesakit itu.

Mereka membiarkan lelaki itu terbaring di atas lantai selama 20 minit sebelum menariknya ke bilik dengan cara menyeret gaun yang dipakai lelaki itu, yang telah terselak dan terbelit di leher.

Ketika itu darah terus berlumuran dari bahagian kepala dan rahang lelaki itu.

Susulan itu, ketiga-tiga jururawat terbabit telah ditangkap kerana membahayakan kebajikan dan kesihatan lelaki berkenaan.

Dalam pada itu, pendakwaraya, Eric Schneiderman berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan jururawat yang gagal menjaga atau membahayakan pesakit di bawah jagaan mereka. 

“Penduduk di New York berhak mendapat penjagaan yang berkualiti dan penjaga pula perlu melaksanakannya dengan penuh profesional,’’ katanya./klpost

Tiada ulasan: