"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ketika gengster Afrika Selatan pilih Islam sebagai jalan hidup

HARAKAHDAILY
Sekumpulan bekas anggota gengster di Afrika Selatan mencari inspirasi yang mengubah hidup mereka. Alih-alih menyebar keganasan, para ahli gengster itu kini meletakkan senjata dan mengajak masyarakat untuk melawan keganasan.

"Islam adalah model terbaik untuk masyarakat. Jika kamu percaya, semua akan berubah. Hanya saja, kamu harus percaya dengan hati dan fikiran yang bersih," ujar seorang bekas ahli kumpulan, Abduraghmaan 'Abi' Ruiters (foto), laporonislam.net.

Keluar dari kumpulan Backstreet Kids, Abi beralih menjadi ahli program Cape Town's Ceasefire yang bertujuan melawan keganasan di Hanover Park.

Menurut Abi, Islam adalah sebab-sebab utamanya meninggalkan kehidupan kumpulan dan bergabung dengan pasukan yang terdiri daripada 10 bekas gengster itu.

Cape Town's Ceasefire berusaha untuk menghentikan penyebaran keganasan di tengah masyarakat dengan mengesan konflik dan meredam potensi individu yang berisiko tinggi.

"Hal-hal berubah apabila saya keluar dari penjara. Saya masuk penjara sembilan tahun lalu, akibat kes pembunuhan," kata Khiyaam Frey, bekas anggota gengster yang lain.

Frey mendedahkan bagaimana Islam membantunya untuk berubah.

"Rakan-rakan saya ditembak mati. Saya kehilangan banyak teman dan memutuskan untuk mengubah hidup saya," kata Frey dipetik laman Eramuslim.

Dia pun masuk Islam selepas itu.

Sebuah kajian menyatakan, lebih daripada 93 peratus remaja Hanover Park berusia 12 hingga 15 tahun mempunyai pengalaman keganasan. Wilayah Western Cape mempunyai kira-kira 100 hingga 250 kumpulan dengan jumlah anggota lebih dari 80,000 hingga 100,000

Tiada ulasan: