DR SUHAZELI ABDULLAH
DIABETES adalah sejenis penyakit di mana badan mengeluarkan terlalu sedikit insulin atau insulin dikeluarkan tidak berkesan. la mengakibatkan paras glukosa dalam darah tidak normal dan jika dibiarkan akan menyebabkan komplikasi yang serius.
Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan dalam pankreas. la mengekalkan glukosa dalam darah pada paras normal dengan membantu mengeluarkan glukosa dari edaran darah memasuki sel badan.
Akibat dari kandungan insulin yang tidak mencukupi atau tidak berkesan di kalangan pesakit diabetis, glukosa tidak dapat memasuki sel-sel badan dan ia kekal di dalam darah menyebabkan paras glukosa dalam darah meningkat.
Terdapat dua jenis kategori diabetes yang dikenal pasti iaitu:
Jenis I atau Diabetes Yang Bergantung Pada Insulin
Jenis ini selalu terjadi di kalangan kanak-kanak atau remaja. Pengawalan penyakit hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman. Punca utama diabetes ini berlaku disebabkan kekurangan insulin dalam badan pesakit. Oleh yang demikian paras gula dalam darah akan meningkat.
Diabetis jenis I ini biasanya mempunyai kaitan dengan keturunan yang kuat antara ahli keluarga yang juga menghidap diabetes.
Jenis II atau Diabetes yang Tidak bergantung Pada Insulin
Bagi memudahkan pengklasifikasi jenis diabetes, ianya disebut "non- insulin dependent Diabetes Mellitus".
Walau bagaimana pun, rawatan terkini mengunakan insulin dalam merawat diabetes jenis ini adalah yang terbaik. Diabetes jenis II ini selalu berlaku di kalangan orang dewasa (40 tahun ke atas) dan individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Merawatnya adalah dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubat. Pelbagai jenis ubat telah dicipta bagi mengawal paras gula yang meningkat dalam penyakit diabetes ini.
Secara asasnya diabetis jenis II ini disebabkan oleh kekurangan insulin atau insulin yang dikeluarkan kurang berkesan bagi mengimbangi penggunaan gula ke seluruh badan.
Ianya juga mempunyai kaitan keturunan yang kuat antara ahli keluarga yang menghidap diabetes.
Berikut adalah faktor risiko diabetes atas individu tersenarai di bawah:
1) Kegemukan. Rujukan asas yang mengatakan seseorang itu gemuk adalah dengan melihat saiz seluar mereka. Jika saiz untuk lelaki melebihi saiz 35 manakala wanita bersaiz melebihi 33, maka sudah dikira kegemukan.
2) Kurang aktiviti fizikal seperti senaman akan membolehkan seseorang itu menghidap diabetes.
3) Faktor pemakanan seperti pengambilan lemak berlebihan dalam makanan; pengambilan serat yang tidak mencukupi; kurang zat makanan di peringkat awal umur - Kelahiran yang tidak cukup berat badan juga disebut sebagai risiko menghidap diabetes.
4) Sejarah keluarga yang menghidap diabetis terutama adik beradik, ayah ibu dan bapa/ibu saudara.
5) Umur melebihi 35 tahun sudah dikenal pasti berisiko mengidap diabetes.
6) Kumpulan etnik tertentu mempunyai risiko yang tinggi.
Gejala Diabetes
- Kerap dahaga
- Kerap kencing
- Susut berat badan walaupun berselera makan
- Terasa letih atau lesu
- Luka dan cedera yang lambat sembuh
- Gatal-gatal terutamanya di bahagian kemaluan
Diabetes yang tidak dirawat atau dikawal dengan baik akan menyebabkan komplikasi yang lebih serius.
Komplikasi diabetes yang biasa adalah:
- Penyakit buah pinggang
- Serangan jantung
- Kebutaan
- Koma atau tidak sedarkan diri
- Stroke/angin ahmar
- Penyakit saraf
- 'Gangrene' atau tisu mati
Diabetes terutama Jenis II, biasanya dikaitkan dengan berat badan yang berlebihan yang boleh dicegah dengan:
- Mempunyai berat badan unggul. Insulin tidak berkesan bagi mereka yang mempunyai lebihan berat badan. Julat berat badan sihat ialah dengan memiliki 'Body Mass Indeks' (BMI) antara 20 – kurang dari 25 BMI = Berat (Kg) / [Tinggi (m) X Tinggi (m)]
- Elak makanan berlemak, pilih yang rendak lemak.
- Makanlah mengikut umur dan tahap aktiviti fizikal anda.
- Makan lebih buahan, sayuran, kekacang dan bijirin.
- Makan mengikut kebiasaan tetapi sedikit. Elak snek atau makanan ringan selepas makan.
- Bersenam selalu sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 20 – 30 minit setiap kali.
Diabetes tidak boleh disembuh, tetapi boleh dikawal. Untuk mengawal diabetes, kadar glukosa dalam edaran darah hendaklah sentiasa berada pada kadar yang biasa (normal). Berikan perhatian terhadap perkara berikut;
- Ubat
- Pemakanan sihat
- Penjagaan berat badan
- Bersenam selalu
- Elakkan jangkitan
1 ulasan:
Share artikel admin. Credit to kerengga
Admin
http://blogpetua.blogspot.com
Mohon kerjasama masuk bloglist tuan/puan)
Catat Ulasan