Tokyo: Seorang pelawak terkenal Jepun, Kenichi Takahashi ditahan polis kelmarin kerana disyaki mencuri berpuluh-puluh pakaian seragam sekolah pelajar wanita dari sebuah sekolah di sini baru-baru ini.
Takahashi, 44, memberitahu polis dia sudah melakukan aktiviti itu sejak 20 tahun lalu bagi memenuhi fantasi seks luar biasanya.
Dia dipercayai memecah masuk sebuah sekolah di sini April lalu untuk mencuri pakaian seragam sekolah pelajar wanita dan skirt.
Aktiviti Takahashi terbongkar selepas kamera keselamatan merakamkan aksi seorang lelaki yang meninggalkan sekolah berkenaan dengan sebuah lori.
Siasatan polis kemudiannya mendapati lori berkenaan didaftarkan atas nama Takahashi.
-hmetro-
1 ulasan:
Assalamualaikum Tn.
Nama saya Asyraf, saya nak mohon jasa baik tuan untuk linkkan blog saya di laman blog tuan. Saya maklum bahawa blog puan adalah berlatarkan politik & Isu semasa yang berbeza dengan blog saya yang berlatarkan perawatan altenatif.
Namun saya suka untuk mengikuti perkembangan politik tanah air dan isu-isu semasa yang sentiasa menjadi rencah kehidupan rakyat Malaysia walau apapun bidang yang diceburi.
Apalah sudi kiranya tuan masukkan blog saya di link blog tuan.
Ini nama blog saya, www.bekamkerumah.com & www.tintaasyraf.info iaitu blog personal saya.
Catat Ulasan