Nawar Firdaws
PETALING JAYA: Satu klip video menunjukkan 2 lelaki bertikam lidah kerana kehadiran seorang wanita Islam yang tidak memakai tudung menular di media sosial, sekali gus mencetuskan polemik antara ketegasan dan belas kasihan.
Video berdurasi 15 saat itu, yang dimuat naik di Facebook oleh seorang bernama Lisza Laressa, menunjukkan seorang lelaki yang berpakaian hijau dilihat menjerit ke arah seorang lelaki yang kelihatan lebih tua berbanding dirinya.
Menurut Lisza, lelaki pertama merupakan seorang anggota polis bantuan yang berkhidmat di masjid itu, terletak berhampiran sebuah hospital awam di ibu negara.
Lelaki kedua terbabit suami merupakan wanita itu, yang berdiri apabila anggota polis bantuan mengarahkan dia keluar masjid kerana tidak bertudung.
“Memang salah kakak, kawasan masjid kena pakai tudung… ini pun sebab nak tumpang berteduh sementara nak tunggu hujan berhenti dan petir kilat reda.
“Sementara nak temankan emak makan nasi…. dari pagi emak tidak makan apa-apa. Sementara nak tunggu waktu melawat adik yang terlibat dalam kemalangan di wad,” kata beliau.
Dia seterusnya menulis, ada seorang hamba Allah datang terus dengan marah dengan berkata, “ni masjid kan? Ni masjid kan? Kamu itu tidak pakai tudung, tolong hormat masjid, jadi kau boleh keluar sekarang!”
Memandangkan emaknya masih makan, dia membiarkan ibunya habis makan terlebih dahlu.
Malangnya, dia berkata, lelaki tersebut datang semula lalu terus marah buat kali kedua.
Katanya, polis bantuan itu menjerit, “kan aku dah kata. Ni masjid kan? Kau ini tidak hormat masjid ke?”
Dalam tulisannya, Lisza berkata, ayahnya menyampuk dengan berkata, mereka akan keluar sebaik isterinya habis makan.
“Lagipun hujan lebat dan petir, saya nak berteduh sekejap,” katanya sambil memberitahu, orang ramai sendiri boleh melihat keadaan yang sebenar.
Lisza menulis, “tengoklah cara anak muda berbahasa dengan orang tua.”
“Oh, macam ini rupanya polis bantuan. Orang-orang sekeliling meleraikan dan suruh kami semua beredar dari situ,” katanya.
Video ini telah ditonton lebih 1.2 juta kali dalam masa 24 jam.
Peguam merangkap aktivis Siti Kasim turut mengulas di Facebooknya berkata, kasih sayang penting dalam Islam.
Katanya, kes itu satu contoh yang baik bagaimana pemahaman mengenai Islam telah disalah tafsir dalam kalangan orang Melayu.”
“Lelaki ini, fikir dia sedang cuba menegakkan Islam, lupa tentang belas kasihan, yang merupakan konsep asas dalam Islam.”
Kata beliau, kesabaran melambangkan semangat Islam yang sebenar, dan belas kasihan adalah jauh lebih penting dalam Islam daripada perkara-perkara lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan