"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Apakah Mahathir akan sertai Shafie dalam Warisan?

BORHAN AHMAD

Apakah Tun Dr Mahathir Mohamad dan para pengikutnya dalam Pejuang akan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) kini menjadi tanda tanya perlbagai pihak.

Ini berikutan keputusan Warisan untuk mengembangkan layarnya ke Semenanjung berlaku serentak ketika Pejuang terpaksa memfailkan usahanya untuk mendaftarkan parti mereka ke mahkamah.

“Alhamdulillah, saya dan seluruh pimpinan dari Parti Warisan Sabah sudah mencapai kata sepakat untuk mengembangkan layar ke Semenanjung,” kata Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal ketika mengumumkan keputusan Warisan untuk mengembangkan.

Walaupun Shafie berkata, langkah ini perlu kerana ramai rakyat Sabah berada di Semenanjung tetapi hubungan baik Tun Mahathir dan Shafie menyebabkan ramai tertanya-tanya, “Apakah Warisan akan menjadi pilihan Mahathir selepas usaha mendaftarkan partinya disekat oleh Muhyiddin.”

Selain untuk rakyat Sabah di Semenanjung, Shafie berkata, alasan Warisan ke Semenanjung adalah “kerana sudah tiba masanya pemimpin dari Sabah bukan hanya mengikut telunjuk Persekutuan, sebaliknya menjadi kata pemutus dalam soal menunaikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).”

“Saya berada di Kuala Lumpur minggu lalu berjumpa dengan orang Sabah di sana, mereka cakap bela kami datuk, ramai orang Sabah bekerja di Semenanjung termasuk Johor.

“Sudah tiba masanya kita kembangkan sayap ke Semenanjung. Sebagai parti yang berbilang agama dan bangsa serta memperjuangkan konsep Unity atau Perpaduan, Warisan sememangnya layak untuk mewakili setiap rakyat Malaysia bukan sahaja di Sabah tetapi juga Semenanjung,” katanya.

Mahathir dan Shafie mempunyai hubungan yang istimewa dalam pelbagai perkara termasuk ketika cadangan dan pilihan-pilihan yang ada ketika mahu mendapatkan kembali kerajaan Pakatan Harapan.

Shafie antara nama yang dicadangkan sebagai calon perdana menteri jika Datuk Seri Anwar tidak mendapat bilangan yang cukup dan Mahathir tidak dipersetujui.

Tiada ulasan: