"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki kebal minum Baygon meninggal dunia akibat serangan jantung

KOSMO

Video yang tular yang memaparkan aksi Ki Galang menyembur racun serangga ke dalam mulutnya. – Daily Star

JAKARTA – Seorang lelaki Indonesia yang menjadi sensasi internet kerana aksi berani dia menyembur racun serangga ke dalam mulutnya dilaporkan meninggal dunia, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Bagaimanapun, anggota keluarga Ki Galang Pamungkas mengesahkan bahawa kematiannya tiada kaitan dengan aksi berbahaya tersebut.

“Sebagai adik lelakinya, saya menolak khabar angin mengatakan bahawa abang saya mati disebabkan racun serangga. Ki Galang sebaliknya meninggal dunia disebabkan serangan jantung pada pukul 6.15 pagi (waktu tempatan) 2 Mei lepas.

“Dia mati di sebuah hospital di Jimbaran, Bali. Doktor telah mengeluarkan rekod perubatan menyatakan bahawa punca kematiannya adalah disebabkan serangan jantung,” kata  adiknya, I Nyoman Saputra.

Terdahulu, video yang memaparkan Ki Galang menyembur racun serangga Baygon ke dalam mulutnya tular sehingga ramai netizen meluahkan rasa risau mereka bahawa kematiannya mungkin disebabkan oleh tindakannya itu.

Semburan Baygon yang digunakan oleh Ki Galang dalam aksi beraninya. – Daily Star

Dalam video tersebut, guru kerohanian yang berasal dari Bali itu dilihat duduk bersilang kaki dan mengikut alunan muzik sambil menyembur racun yang boleh membunuh serangga seperti semut dan lipas itu ke dalam mulutnya.

Menurut I Nyoman, video tersebut sebenarnya telah dirakam dua tahun lepas, dan keluarganya telah memastikan bahawa lelaki itu tidak lagi mengulangi perbuatan tersebut.

“Selepas itu, abang saya tidak lagi mengulanginya kerana keluarga tidak membenarkan dia membuat lagi aksi itu,” katanya.

Menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat, kesan-kesan jangka pendek akibat terkena semburan Baygon termasuk kabur penglihatan, pening, muntah-muntah dan berpeluh. – Agensi 

Tiada ulasan: