"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Tak tahulah ditunda ke tahun berapa’ – Bas elektrik, KB Sentral hanya mimpi

HarapanDaily.com
‘Tak tahulah ditunda ke tahun berapa’ – Bas elektrik, KB Sentral hanya mimpi
Kerajaan negeri Kelantan diterajui Pas dilihat hanya sembang sahaja apabila bas elektrik pertama  bernilai RM1.2 juta yang diuar-uarkan wujud pada 2018 masih tinggal hanya mimpi.

Sebaliknya, apa yang berlaku kerajaan Kelantan mengeluarkan RM3.5 juta membeli kereta Mercedes Benz untuk kegunaan rasmi pimpinan negeri yang dipersetujui dibeli pada 2018.

Itu antara perkara yang dibangkitkan seorang pengguna TikTok menempelak sikap kerajaan Pas yang hanya mengutamakan keselesaan wakil rakyat parti mereka.

“Bas elektrik katanya dah tak menyempat-menyempat dah.. Tahun hadapan (2018) dah ada. Ini ceritanyalah, beberapa tahun lepas.

“Lepas tu, tunggu punya tunggu, bukannya bas elektrik yang sampai, Mercedes Benz yang sampai.

“Betullah tu. Mercedes tu diguna pakai bukan untuk rakyat tapi untuk mereka punya YB,” sindirnya.

Hal sama juga dilihat pada janji pemimpin Pas untuk menyiapkan Terminal Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu Sentral (KB Sentral).

Bermula dengan kononnya siap pada pada hujung 2025 bagi menggantikan terminal bas sementara di Lembah Sireh tetapi kemudiannya dijangka siap pada penghujung 2026.

TikTokers berkenaan juga mempersoal bila sebenarnya KB Sentral bernilai kira-kira RM64 juta itu akan siap.

“Kerajaan Pas tu hari dah beria-ia nak ada stesen bas baharu, KB Sentral kononnya. Lepas tu, alih-alih kata tahun 2025, tak lama lepas tu hujung tahun 2026 pula.

“Lepas ni tak tahulah ditunda ke tahun berapa. Entah-entah 400 hari bulan Ogos tahun 2029 kot,” perlinya lagi.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pada Mac lalu dilapor berkata, KB Sentral merupakan projek yang dibangunkan sebagai kawasan Pembangunan Berorientasikan Transit.

Projek KB Sentral di kawasan seluas 2.02 hektar dekat Mukim Pendek itu terletak bersebelahan dengan tapak cadangan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Menurutnya, projek itu akan dilaksanakan secara penswastaan dengan segala kos tanah dan pembangunan akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat pemaju.

Jelasnya lagi, Syarikat Widad melalui syarikat bertujuan khas (SPV) iaitu Innovative City Holdings Sdn Bhd akan melaksanakan pembangunan dan pengoperasian KB Sentral.

Tiada ulasan: