FMT Reporters
Anggota bomba memadamkan tayar monorel yang terbakar selepas tercabut dari tren dan terjatuh di Jalan Tun Razak berhampiran Stesen Monorel Titiwangsa. (Gambar Bomba)
PETALING JAYA: Tayar sebuah tren monorel dilaporkan tercabut sebelum terbakar dalam kejadian di Jalan Tun Razak berhampiran Stesen Monorel Titiwangsa.
Komander operasi Bomba Kuala Lumpur Nooridzwan Mohamad Noor berkata, pihaknya menerima makluman berkaitan kejadian pada jam 12.57 tengah hari, lapor Sinar Harian.
Katanya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa bersama sebuah jentera kemudiannya dikejarkan ke lokasi kejadian.
Setibanya di lokasi didapati terdapat tayar monorel telah terjatuh sebelum terbakar,” katanya.
Menurutnya, anggota bomba terlibat kemudiannya menjalankan kerja pemadaman di lokasi kejadian.
“Kebakaran kemudian dipadamkan menggunakan satu aliran daripada pam jentera. Kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan mangsa yang terlibat.
“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan ketika kejadian itu tren monorel berkenaan membawa penumpang atau tidak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan