"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mudahnya PN-Pas dorong rakyat buat dosa besar qazaf

HarapanDaily.com
‘Planta’: Mudahnya PN-Pas dorong rakyat buat dosa besar qazaf
AHMAD MURSI

Hanya dengan pengakuan suara seorang lelaki yang tidak dikenali di platform cytro PN-Pas, hal itu dibesarkan.

Remuk hati saya bukan kerana rosaknya imej PMX, tetapi sedih ramai rakyat biasa terlibat dalam dosa besar qazaf angkara politik PN-Pas.

Komen sekadar ‘Planta’ dengan tujuan membina persepsi jenayah liwat telah dilakukan itu adalah qazaf.

Jenayah qazaf boleh berlaku secara lafaz sorohah (Terang) atau kinayah (kiasan).

Walaupun tidak disebat 80 kali, kesaksian tetap terbatal selamanya, kerana dia fasiq di sisi Allah.

Manusia yang masih ada iman, akan menjauhi qazaf kerana Nabi Muhammad SAW sebut ia adalah satu daripada tujuh dosa besar (sab’ul muubiqaat).

PN-Pas terdesak memainkan isu maruah peribadi kerana tiada isu polisi kerajaan boleh dimainkan.

Skandal seks memang mudah menarik perhatian masyarakat dan senang untuk dilihat ‘jahat’.

Sebab itu, Islam sangat cermat apabila menuduh seseorang melakukan zina atau liwat.

Syarat 4 saksi mesti seorang Islam, lelaki, adil (tidak buat dosa besar, tidak berterusan dosa kecil), tiada tohmah, nampak dengan mata kepala.

Kalau saksi tidak cukup seorang pun tetap disebat qazaf, inikan pula seorang individu yang tidak dikenali membuat tuduhan.

Agamawan PN-Pas yang tidak menghentikan dosa ini, tanggunglah dosanya kelak kerana “Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpin.”

Tiada ulasan: