"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

8 warga asing ditahan bersabit kes Pukul rakan senegara hingga mati

Samadi Ahmad
am@hmetro.com.my
LOKASI mangsa pukul ditemui sebelum disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Cyberjaya. FOTO Ihsan Polis
LOKASI mangsa pukul ditemui sebelum disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Cyberjaya. FOTO Ihsan Polis
Sepang: Lapan lelaki warga asing ditahan untuk membantu siasatan kes kematian seorang lelaki yang juga rakan senegaranya di sebuah kilang di Kampung Pulau Meranti, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, polis menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Cyberjaya memaklumkan seorang lelaki berusia 30 dihantar ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Menurutnya, mangsa yang mengalami pendarahan di bahagian kepala dan tangan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.

Menurutnya, susulan itu, polis menahan lapan warga asing berusia 30 hingga 45 tahun di kediaman mereka di Kampung Baru, Sungai Buloh bagi membantu siasatan.

"Polis turut menemui sebatang kayu dipercayai digunakan bagi memukul mangsa dalam kawasan pagar kilang berhadapan kabin tempat tinggal mangsa.

"Siasatan mendapati kejadian berpunca dari mabuk dan berselisih faham," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Kamarul berkata, suspek pertama adalah pekerja kilang dan mempunyai permit sah kerja manakala suspek kedua tidak mempunyai dokumen kerja dan bekerja di Sungai Buloh.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

"Siasatan masih berjalan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau berkongsi maklumat tidak benar berhubung kejadian sehingga mengganggu proses siasatan," katanya.

Tiada ulasan: